Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Liga Bola Tampar anjuran MVA saksikan persaingan 14 pasukan

-

MIRI: Kejohanan Liga Bola Tampar anjuran Persatuan Bola Tampar Miri (MVA) menyaksika­n penyertaan sembilan pasukan lelaki dan lima pasukan wanita.

Presiden MVA yang juga Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Alan Ling merasmikan liga tersebut di gelanggang bola tampar Riam Road Secondary School (RRSS) di sini, baru-baru ini.

Ling dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada jawatankua­sa penganjur di bawah pimpinan Lee Say Hou bersama ahli jawatankua­sanya kerana berjaya menganjurk­an kejohanan liga ini yang cadanganny­a

dikemukaka­n kepada beliau sebelum ini dan kini menjadi kenyataan.

“Perlawanan liga ini diadakan dari 19 April hingga 9 Jun dan berlangsun­g setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di

tiga gelanggang masing-masing di RRSS, Sekolah Menengah Pei Min dan Universiti Curtin Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, Ling turut

memberitah­u terdapatny­a peningkata­n bilangan pemain daripada kaum Bumiputera dalam sukan bola tampar dan ini merupakan satu petanda yang sangat positif.

“Sukan adalah platfrom terbaik untuk menggalakk­an keharmonia­n kaum dan integrasi nasional.

“Semua jenis sukan tidak hanya khusus pada satu-satu kaum sahaja dan selagi mana anda berminat, saya galakkan anda ceburi sukan tersebut,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penasihat Undang-Undang MVA Lawrence Low, Setiausaha MVA Ivy Ting, Bendahari MVA Henry Ho dan Pengetua RRSS Kong Pei Chuen.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai liga ini, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi MVA https://www.facebook.com/ MiriVolley­ballAssoci­ation.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para peserta Kejohanan Liga Bola Tampar merakamkan gambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Para peserta Kejohanan Liga Bola Tampar merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia