Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu peruntukan lebih besar untuk bangun usahawan francais

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) perlu menyediaka­n peruntukan lebih besar untuk pembanguna­n usahawan francais di Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat berkata, sasaran pembiayaan untuk program francais di seluruh Malaysia adalah RM50 juta melibatkan Sarawak, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah bagi tahun ini.

Menurutnya, sasaran di Sarawak pula adalah sebanyak

RM4 juta, namun ia perlu ditambah bagi merancakka­n usaha pembanguna­n usahawan di negeri ini.

“Sasaran di Sarawak hanya RM4 juta dan kita berharap agar ia ditambah supaya ramai usahawan francaisor, francaisi dan mereka yang di bawah program ‘Business in transforma­tion’ (BIT) dapat membangunk­an perusahaan mereka.

“Ia sudah pasti memerlukan dana yang lebih dan kita minta pihak KUSKOP dan PERNAS menyediaka­n dana tambahan ke arah itu, sekurang-kurangnya RM12 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Bizfrancai­s Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Ripin berkata, industri francais menyasar melahirkan 156 usahawan di seluruh negara pada 2024 dan daripada jumlah itu, Sarawak menyasarka­n 30 usahawan.

“Penerimaan terhadap industri francais di Sarawak setakat ini adalah baik dan industri ini lebih mudah untuk dijalankan sambil dibantu oleh pihak PERNAS.

“Sistem francais merupakan salah satu sistem perniagaan yang paling mudah untuk diceburi kerana ia tersedia dengan pengurusan, latihan dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembanguna­n Francais Mazlan Ibrahim berkata, sebanyak 80 peratus usahawan francais berjaya mengekalka­n usaha mereka sejak PERNAS tampil memberi bantuan pada 2004.

“Manakala 20 peratus lagi usahawan itu mempunyai pelbagai isu seperti keadaan penempatan mereka, selain ia bergantung dengan semangat tidak mudah mengalah dalam industri itu,” katanya.

 ?? ?? INTERAKSI: Ripin bersama tetamu lain menyantuni usahawan yang menyertai Program Bizfrancai­s Sarawak 2024 di BCCK, semalam.
INTERAKSI: Ripin bersama tetamu lain menyantuni usahawan yang menyertai Program Bizfrancai­s Sarawak 2024 di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia