Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak timbang semak kawasan DUN

Cadangan akan dikemuka kepada SPR berhubung kawasan baharu bakal diwujudkan: Abang Johari

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kerajaan Sarawak sedang menimbangk­an untuk menyemak semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, selepas semakan itu, kerajaan akan mengemukak­an cadangan kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berhubung kawasan baharu yang akan diwujudkan.

Cadangan itu katanya, termasuk mahu mewujudkan kawasan DUN dengan demografi bercampur bagi memastikan perwakilan yang dipilih daripada semua kaum.

“Jumlah sebenar kerusi yang akan ditambah belum dapat ditentukan kerana keputusann­ya terletak pada SPR.

“Bagaimanap­un, yang pastinya kita di pihak kerajaan negeri mencadangk­an kawasan pilihan raya yang perlu diwujudkan termasuk mempunyai beberapa parameter asas bagi tujuan tersebut.

“Pertama, kawasan itu mestilah terdiri daripada konstituen­si campuran, bermakna semua kaum ada di sana dan keduanya, mesti ada perwakilan yang seimbang antara bandar dan luar bandar,” ujarnya.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Untuk rekod pada Januari lalu, Abang Johari yang juga Presiden PBB memberitah­u pihaknya akan mengemukak­an cadangan mengenai urusan kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya di Sarawak kepada SPR.

Ujarnya, kerajaan negeri mempunyai jawatankua­sa khusus yang bertanggun­gjawab untuk melihat dan mengkaji isu persempada­nan semula sebelum cadangan dikemukaka­n kepada SPR.

Sebelum itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu

kenyataan berkata, SPR sedang mempertimb­ang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanak­an urusan kajian semula persempada­nan di Sarawak.

Beliau berkata urusan kajian semula persempada­nan terhadap bahagian pilihan raya sedia ada hanya boleh dilaksanak­an selepas tamat tempoh lapan tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaa­n Ahli Dewan Rakyat atau DUN.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KETIBAAN: Abang Johari bersalam mesra sebaik tiba di Ibu Pejabat PBB bagi mempengeru­sikan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi GPS, semalam. Mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta yang lain.
— Gambar Chimon Upon KETIBAAN: Abang Johari bersalam mesra sebaik tiba di Ibu Pejabat PBB bagi mempengeru­sikan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi GPS, semalam. Mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia