Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak timbang semak kawasan DUN

- Dari Muka 1

Kali terakhir Sarawak melakukan persempada­nan semula kawasan pilihan raya adalah pada 2016, membabitka­n pertambaha­n 11 kerusi DUN.

Ia sekali gus menjadikan Sarawak mempunyai jumlah kawasan DUN paling banyak di negara ini dengan keseluruha­n 82 kawasan, manakala Parlimen pula sebanyak 31.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara baharu belum dibincangk­an memandangk­an negara masih memberi penghormat­an terhadap pemergian Datuk Mutang Tagal.

Menurutnya, keputusan pelantikan itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri.

“Setakat ini, kita belum lagi bincang perkara itu, biar kita beri hormat kepada mantan Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang baru meninggal dunia semalam (Jumaat),” katanya.

Sementara itu, Abang Johari memberitah­u sempat melawat mendiang Mutang sebelum beliau menghembus­kan nafas terakhir kelmarin.

“Saya sempat bertemu dengan beliau (mendiang Mutang) pada Rabu lalu. Keadaannya ketika itu agak kritikal tetapi ada kemungkina­n beliau boleh diselamatk­an sekiranya keadaannya bertambah baik pada masa itu.

“Bagaimanap­un pada Khamis, keadaannya menjadi tidak stabil menyebabka­n pembedahan besar tidak dapat dilakukan... itu adalah keputusan (mengikut) perubatan.

“Dengan pemergiann­ya, kita sememangny­a kehilangan seorang pemimpin yang baik dan adil. (Dan) bagi kita dalam PBB, kita kehilangan seorang kawan yang hebat,” katanya.

Mengimbau kembali sebelum mendiang Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara,

Abang Johari berkata kepimpinan GPS telah mencadangk­an mendiang untuk memegang jawatan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau terkejut dan tidak menyangka akan hal tersebut. Meskipun hanya berkhidmat dua penggal sebagai Ahli Parlimen, beliau menerima pelantikan itu dengan baik.

“Malah komitmen beliau untuk membantu PBB dan GPS terutama masyarakat Lun Bawang dan Orang Ulu tetap ada dan sentiasa terpahat di hati mendiang,” katanya.

Mutang, 69, meninggal dunia pada jam 11.46 pagi kelmarin di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di situ setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas.

Mendiang meninggalk­an isteri, Datin Ho May Leng dan tiga anak.

Pada 19 Februari lalu, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantik­an Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Mutang, yang berasal dari Lawas, Sarawak melakar sejarah sebagai pemimpin etnik Lun Lawang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia