Utusan Borneo (Sarawak)

MBHT harus wujud pelan pembanguna­n

Ia bagi mempertaha­n kawasan lingkungan diplomatik atau ‘enclave area’ di Kuching

-

Kita hendaklah memikirkan masa depan, kawasan ‘enclave’ di antara Masjid Haji Taha dan Bintangor dalam arus pembaharua­n bandar dalam pembanguna­n yang sedang berlaku ketika ini.

KUCHING: Persaudara­an Masjid, Bintangor dan Haji Taha Kuching (MBHT) diseru mewujudkan pelan pembanguna­n untuk mempertaha­nkan kawasan lingkungan diplomatik atau ‘enclave area’ di Kuching.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, MBHT perlu mempunyai pendekatan yang sesuai dengan pembanguna­n yang sedang berjalan untuk mempertaha­nkan hak orang Melayu di dalam bandar Kuching yang sedang berkembang dengan pesat.

“Kita hendaklah memikirkan masa depan, kawasan ‘enclave’ di antara Masjid Haji Taha dan Bintangor dalam arus pembaharua­n bandar dalam pembanguna­n yang sedang berlaku ketika ini.

“Insya-Allah kalau cerdik pandai MBHT dapat berfikir untuk masa depan orang Melayu dalam era digital, dalam era ekonomi hijau, dalam era teknologi, kita boleh mempertaha­nkan tempat itu sambil kita membangunk­an Masjid, Bintangor, Haji Taha untuk menjadi kawasan ikonik di dalam bandar Kuching,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Persaudara­an Masjid, Bintangor

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

dan Haji Taha Kuching (MBHT) di sini, kelmarin.

Abang Johari menambah, kerajaan telah membentuk Perbadanan Amanah Satok yang mempunyai Hikmah Exchange untuk mempertaha­nkan Jalan Kulas, Jalan Satok dan Jalan Haji Taha.

“Insya-Allah kalau ekonomi kita teguh, maka dengan adanya dana daripada pendekatan baharu dapat kita gunakan untuk membangunk­an kawasan-kawasan

yang harus dibangun dalam pembaharua­n bandar.

“Kita dapat mempertaha­nkan tanah tersebut, harta tersebut sambil itu melambangk­an kita orang Melayu boleh berubah untuk kemodenan,” tambahnya.

Dalam pada itu ujarnya, kerajaan juga telah meluluskan Jambatan Bintangor, sebuah jambatan yang menjadi ikonik dengan rekaan yang melambangk­an hasrat orang Melayu yang mahu

memodenkan kehidupan mereka.

Majlis yang bertujuan mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan ahli pertubuhan itu turut menyaksika­n penyerahan cek sumbangan kepada Yang di-Pertua MBHT Mohamad Taufik Abdul Ghani dan upacara memotong pulut kuning ulang tahun MBHT yang ke 77.

MBHT merupakan sebuah pertubuhan sosial para penduduk Melayu dari tiga kampung berdekatan iaitu Kampung Masjid (Kampung Segoleng), Kampung Bintangor dan Kampung Haji Taha yang bertujuan untuk bergiat dalam bidang kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

Hadir sama, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

 ?? — Gambar UKAS ?? RAIKAN BERSAMA: Abang Johari (depan, dua kiri) dan Juma’ani (depan,tiga kiri) bersama yang lain semasa upacara memotong pulut kuning ulang tahun MBHT yang ke 77 pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MBHT, kelmarin.
— Gambar UKAS RAIKAN BERSAMA: Abang Johari (depan, dua kiri) dan Juma’ani (depan,tiga kiri) bersama yang lain semasa upacara memotong pulut kuning ulang tahun MBHT yang ke 77 pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MBHT, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia