Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak miliki jenama kopi untuk pasaran antarabang­sa tidak lama lagi: Dr Jerip

-

Sarawak bakal mempunyai jenama kopi yang berpotensi untuk pasaran antarabang­sa tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil.

Ia berdasarka­n potensi dan manfaat yang dimiliki oleh kopi berkenaan yang sudah mula ditanam secara meluas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

“Kita ingin menanam kopi secara besar-besaran yang mana kawasan Mambong mempunyai dua teras pembanguna­n iaitu pelanconga­n dan pembanguna­n pertanian.

“Sebelum ini, kita telah mengenal pasti sebidang tanah di Kampung Bayur dan Kampung Jambu seluas 1,000 ekar yang pernah digunakan oleh SALCRA pada masa dahulu.

“Di situ kita akan adakan penanaman kopi secara besar-besaran yang kemudianny­a bijian kopi tadi dikumpul untuk diproses dan dibungkus,” katanya ketika ditemui pada pembukaan cawangan pertama MALANDA Coffee Shop di sini, semalam.

Hadir sama, Pemangku Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari.

Dr Jerip berkata, pihaknya telah menjalanka­n beberapa projek perintis bersama Jabatan Pertanian dengan pengagihan benih kopi Liberica yang mempunyai

ketahanan terhadap penyakit tumbuh-tumbuhan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong mendedahka­n telah menerima pelawaan daripada DUN Song, Belaga dan kawasan lain untuk menyertai projek perintis penanaman kopi Liberica itu.

Sebelum ini katanya, Pembanguna­n Greater Kuching (GKCDA) telah memperuntu­kkan RM8 juta dalam fasa satu untuk membina sebuah pusat pengumpula­n kopi di estet tersebut tidak lama lagi.

Menyentuh berkenaan penjenamaa­n kopi tersebut, beliau memperjela­skan bahawa pihaknya perlu berunding di peringkat kepimpinan terlebih dahulu sebelum mengesahka­n nama jenama yang sesuai nanti.

Beliau gembira dengan sambutan yang mengalakka­n daripada penduduk kampung dan juga golongan pesara penjawat awam yang menyertai projek tersebut.

Kopi tersebut yang dikenali di peringkat tempatan sebagai kopi katup mempunyai aroma yang wangi dengan rasa yang pahit dan kurang kafein.

Kelebihann­ya, juga adalah bijian kopi tersebut boleh dikutip secara mingguan dan bunganya boleh menghasilk­an teh herba dengan khasiat istimewany­a yang tersendiri.

 ?? ?? RASMI: Dr Jerip (tengah) ditemani Ranum (kiri) menandatan­gani plak perasmian cawangan pertama MALANDA Coffee Shop di Siburan, semalam.
RASMI: Dr Jerip (tengah) ditemani Ranum (kiri) menandatan­gani plak perasmian cawangan pertama MALANDA Coffee Shop di Siburan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia