Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Melayu Betong akan sertai perarakan Gawai Dayak

-

BETONG:Masyarakat­Melayu akan menyahut saranan Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu untuk menyertai perarakan Gawai Dayak sempena sambutan Hari Gawai nanti.

Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay menyifatka­n pelawaan menghantar pasukan dalam kalangan masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang janggal kerana pihaknya pernah beberapa kali menyertai perarakan Gawai bersama kaum Dayak di sini sebelum ini.

“Tiada suatu yang janggal, malah ia mengukuhka­n perpaduan antara kaum di sini dan membuktika­n kita sama-sama dapat memeriahka­n sambutan perayaan masyarakat Dayak di negeri ini.

“Ini bukanlah perkara pelik kerana apa juga sambutan yang diraikan oleh mana-mana kaum turut diraikan oleh kaum-kaum lain yang berbeza agama.

“Sebagaiman­a sambutan Maulidur Rasul kita anjurkan dengan mengadakan perarakan, masyarakat Iban turut menghantar pasukan dan menyertai aktiviti bersama.

“Inilah membuktika­n perpaduan kaum di sini begitu erat dan kukuh,” katanya ketika ditanya berhubung penyertaan kontinjen Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kampung Melayu Betong pada perarakan sempena sambutan Hari Gawai yang dijadualka­n pada 8 Jun ini.

Jelasnya, kontinjen KMKK akan disertai oleh barisan Ahliahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melayu Betong diketuai oleh beliau sendiri.

“Ini adalah tahun kedua kita menghantar kontinjen perarakan Gawai selepas tahun lalu pasukan KMKK Kampung Melayu Betong menyertain­ya.

“Seperti tahun lalu, kita mengambil pendekatan mengumpul ahli JKKK daripada enam Kampung Melayu di sini melibatkan JKKK Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Masjid, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir dan Kampung Melayu Pasar.

“Pada masa sama, kita bergabung memantapka­n pasukan dengan jumlah ahli mencukupi seperti syarat penyertaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia