Utusan Borneo (Sarawak)

HAWANA 2024: ‘Juh Raon’ beri peluang lawat lokasi ikonik Sarawak

-

Peserta Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 berpeluang mengenali keunikanbu­dayasertap­embangunan terkini Sarawak dengan lebih dekat menerusi program ‘Juh Raon’ apabila mereka dibawa melawat lokasi ikonik di sekitar bandar raya ini.

Ketua Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak Denver Bantok berkata, 75 peserta HAWANA 2024 terdiri daripada pengamal media dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah serta luar negara dijangka terlibat dalam program berkenaan pada 26 Mei ini, yang merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan Hari Wartawan Nasional tahun ini.

Beliau berkata, antara lokasi lawatanada­lahMuziumB­udaya Borneo, Jambatan Darul Hana, Dataran Ibu Pertiwi dan seterusnya peserta akan diraikan di restoran English Tea House untuk majlis jamuan teh dan sesi ‘networking.’

“Pada sesi ‘networking’ itu, PENTARAMAJ­aPenSarawa­k akan membuat persembaha­n hiburan seperti nyanyian lagulagu tempatan negeri, persembaha­n alat muzik tradisiona­l ‘sape’ dan gendang,” katanya kepada Bernama.

‘Juh Raon’ yang bermaksud ‘jom bersiar-siar’ dalam bahasa Melayu Sarawak dan ia dilaksanak­an oleh JaPen Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Menurut Denver selain menaiki bas yang disediakan, kesemua peserta turut berpeluang merentasi Sungai Sarawak dari

Tebingan Kuching dengan menggunaka­n Jambatan Darul Hana untuk ke kawasan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan sekitarnya.

HAWANA 2024 yang berlangsun­g di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini, mengangkat tema ‘Etika Teras Kewartawan­an Mapan’ dan kemuncak sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai program dirangka, antaranya Persidanga­n Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ serta program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur, Selatan serta zon Tengah yang akan dilancarka­n pada 24 Mei ini oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

HAWANA 2024 merupakan perhimpuna­n terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementeria­n Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak, manakala Bernama selaku agensi pelaksana.

Penganjura­n tahun ini ialah edisi keempat selepas diperkenal­kan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 dan sambutan itu bertujuan meraikan sumbangan pengamal media yang berperanan membentuk minda masyarakat bermakluma­t selain memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia