Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi beri penghormat­an terakhir kepada mendiang Mutang di KL

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Senator Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Astana Sarawak, ketibaan Tun Wan Junaidi bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah disambut oleh isteri mendiang Datin Ho May Leng serta anakanakny­a.

Tun Wan Junaidi mengiktira­f kelayakan dan lantikan mendiang Mutang sebagai Yang Dipertua Dewan Negara berdasarka­n pengetahua­n dan kepakaran beliau dalam bidang perundanga­n.

Malah, mendiang turut memberikan komitmen untuk meneruskan inisiatif-inisiatif yang telah digerakkan oleh Tun Wan Junaidi semasa beliau berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Ia termasuk memperkena­lkan semula Akta Perkhidmat­an Parlimen serta inisiatif lain yang bakal memartabat­kan lagi Parlimen Malaysia sebagai badan legislatif seperti yang termaktub di dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Kelmarin, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan rasmi mengesahka­n Mutang menghembus­kan nafas yang terakhir pada jam 11.46 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sebelum ini, mendiang telah menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei selepas berada di Azerbaijan untuk lawatan

kerja rasmi.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara juga memaklumka­n upacara penghormat­an terakhir diadakan di Nirvana Centre Kuala Lumpur bermula pada 10 pagi hingga 2 petang semalam.

Hari ini, upacara penghormat­an terakhir akan dilakukan di BEM Airport Road Church, Miri mulai jam 10 pagi.

Manakala esok, upacara kebaktian akan diadakan di Gereja BEM Bukit Kanada, Miri bermula jam 9 pagi sehingga selesai dan urusan

pengebumia­n dilakukan di Perkuburan SIB, Lambir, Miri.

Untuk rekod, mendiang Mutang yang lahir pada 5 Oktober 1954 dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Pelantikan itu sekali gus menjadikan mendiang yang berasal dari Lawas sebagai pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

 ?? — Gambar Astana Sarawak ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengucapka­n takziah kepada keluarga mendiang semasa memberi penghormat­an terakhir di Nirvana Centre di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Astana Sarawak PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengucapka­n takziah kepada keluarga mendiang semasa memberi penghormat­an terakhir di Nirvana Centre di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia