Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis penghormat­an terakhir mendiang Mutang di Gereja BEM Jalan Airport hari ini

-

MIRI: Majlis penghormat­an terakhir untuk mendiang Senator Datuk Mutang Tagal akan diadakan di Gereja BEM Jalan Airport pada Ahad, 12 Mei bermula jam 11 pagi hingga 10.30 malam.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama timbalan premier, menteri dan timbalan menteri dijangka hadir untuk memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang.

Mendiang yang juga Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat tentang majlis itu di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri semalam.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, beliau telah diberi tanggungja­wab oleh kerajaan negeri untuk menyelaras persediaan dan aturcara pengebumia­n mendiang Mutang.

Menurut Gerawat, kerajaan Sarawak sudah membantu dan sedia terus membantu keluarga mendiang dalam semua urusan pengebumia­n

termasuk penghantar­an jasad mendiang dari Kuala Lumpur ke Miri ditanggung kerajaan negeri.

Ia termasuk membantu membawa ayah mendiang yang berusia 90 tahun dari Ba’ Kelalan ke Miri menggunaka­n helikopter Hornbill.

Menurut Gerawat, ayah dan ahli-ahli keluarga mendiang dari Ba’ Kelalan dihantar ke Miri semalam.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Pejabat Residen Miri dan semua agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam persediaan majlis penghormat­an terakhir untuk mendiang.

Gerawat berkata, keranda mendiang yang dibawa menggunaka­n pesawat TUDM dari Kuala Lumpur dijangka sampai di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad tertakluk kepada

keadaan cuaca dan jadual penerbanga­n.

Setelah tiba di Lapangan Terbang Miri, jasad mendiang akan terus dibawa ke Gereja BEM Jalan Airport.

“Saya menasihatk­an orang ramai, saudara, jangan menunggu di Lapangan Terbang Miri sebab jasad mendiang akan dibawa terus dari pesawat dari Lapangan Terbang Miri ke Gereja BEM Jalan Airport.

“Jasad mendiang akan ditempatka­n di dewan gereja dan pengunjung dan saudara dapat mengunjung­i dan memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di gereja dijangka dari jam 11 tertakluk kepada masa ketibaan pesawat TUDM dari KL. Majlis dari jam 11 pagi hingga 10.30 malam esok (Ahad),” jelasnya.

Menurutnya, majlis kebaktian akan diadakan di Gereja BEM Bukit Kanada pada Isnin, 13 Mei bermula jam 10.30 pagi.

Beliau memberitah­u, keranda mendiang dijangka tiba di gereja pada jam 10.20 pagi dan meminta jemputan dan orang awam untuk hadir lebih awal sebelum jam 10 pagi.

Upacara kebaktian dijadual selesai pada jam 1 petang dan jasad mendiang akan dibawa ke tanah perkuburan Golden Hill Memorial Park Lambir untuk upacara pengebumia­n.

Beliau mewakili keluarga berterima kasih kepada Premier, kerajaan negeri, agensi dan jabatan yang membantu keluarga mendiang dan berharap semua upacara akan berjalan dengan lancar.

 ?? ?? PERSIAPAN: Gerawat (duduk tengah) bergambar dengan wakil jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelaras persediaan dan aturcara pengebumia­n mendiang Mutang.
PERSIAPAN: Gerawat (duduk tengah) bergambar dengan wakil jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelaras persediaan dan aturcara pengebumia­n mendiang Mutang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia