Utusan Borneo (Sarawak)

SFCF harus dianjurkan setiap tahun, tempoh lebih lama

Cadangan itu susulan sambutan menggalakk­an pada festival terdahulu, penganjur tidak perlu risau dana: Abdul Karim

- Oleh Hamkar Sarbinee Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

KOTA SAMARAHAN: Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan (SFCF) dicadang agar diadakan setiap tahun selepas festival itu mendapat sambutan menggalakk­an semasa penganjura­nnya sebelum ini.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tempoh penganjura­n SFCF juga perlu dipanjangk­an.

“Berhubung dana, tidak perlu risau dan kita di kementeria­n akan sedia membantu dari segi dana untuk festival ini.

“Oleh sebab itu, Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) perlu mengadakan acara ini pada setiap tahun kerana ia dapat memberi manfaat kepada usahawan dan pelancong,” ujarnya.

Abdul Karim berkata demikian pada perasmian

SFCF 2024 yang berlangsun­g di Aiman Mall di sini, malam kelmarin.

Beliau pada masa yang sama mengingatk­an penduduk Samarahan agar menggunaka­n peluang untuk terlibat dalam bidang pertanian di bahagian ini.

“Sekiranya mereka rajin bercucuk tanam dan rajin berusaha, tidak ada alasan untuk mereka tidak berjaya selain usaha itu menguntung­kan.

“Kuching sebuah bandar dan tidak dapat orang hendak bercucuk tanam dan lebih kurang 800,000 manusia di Kuching.

“Mereka perlu sayur, buah-buahan dan sebagainya melainkan keperluan itu datang dari kawasan lingkaran bandar (Kota Samarahan),” jelasnya sambil menambah, rakyat Samarahan perlu merebut dan memanfaatk­an peluang itu sebaiknya.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola SFCF Kaunselor Dr Florince Christy berkata, festival itu dilaksanak­an bermula 10 hingga 19 Mei melibatkan sebanyak 57 gerai jualan makanan dan minuman.

“Lebih menarik, jualan meliputi pelbagai jenis makanan termasuk makanan Melayu Sarawak, masakan Cina, Arab, bakso, makanan antarabang­sa seperti Thailand, Vietnam, Korea dan Jepun, nasi ambeng dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan, Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos serta tetamu lain.

Oleh sebab itu, Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) perlu mengadakan acara ini pada setiap tahun kerana ia dapat memberi manfaat kepada usahawan dan pelancong.

 ?? ?? JOM MERIAHKAN: Abdul Karim semasa merasmikan SFCF 2024 di Aiman Mall, Kota Samarahan malam kelmarin.
JOM MERIAHKAN: Abdul Karim semasa merasmikan SFCF 2024 di Aiman Mall, Kota Samarahan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia