Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Skills buka pengambila­n pelajar baharu bagi kursus SKM

-

Bagi memenuhi permintaan tinggi tenaga kerja mahir industri minyak dan gas, Sarawak Skills mengambil inisiatif membuka pengambila­n pelajar baharu bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bermula Julai depan dengan menempatka­nnya di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu.

Ketua Pegawai Strategik Sarawak Skills Mohamad Isham Fauzi berkata, ini merupakan kolaborati­f yang julung kali diadakan di antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri untuk institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), seiring dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai mewujudkan persefaham­an antara kerajaan dan kerajaan (G2G).

“Kami (Sarawak Skills) akan menawarkan kursuskurs­us SKM dengan fasa pertama pengambila­n pelajar dibuat untuk kursus pengurusan pejabat, kimpalan dan pendawaian elektrik serta pembelajar­an akan dijalankan di kampus ADTEC Bintulu.

“Manakala bagi fasa kedua pula, kami merancang untuk membuka kursus seperti perpaipan, automotif dan lainlain kursus yang dirasakan penting bagi membekalka­n tenaga kerja berkemahir­an tinggi untuk industri minyak dan gas di Sarawak.

“Terima kasih kepada Kementeria­n Sumber Manusia kerana membuka peluang kepada kami untuk membuka kursus-kursus SKM dan mengguna pakai fasiliti sedia ada oleh kerajaan persekutua­n, oleh itu kita tidak perlu membuka bangunan baharu sekali gus dapat menjimatka­n

duit rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Sarawak Skills dan i-CATS Miri di sini, barubaru

ini.

Hadir sama, Pengarah Kampus Sarawak Skills Miri Ts Syuhaira Mohd Zin dan Pengurus Pusat Institut Latihan Vokasional Pertanian

Sarawak (SAVTI) Maccollin Jengok.

Jelas Mohamad Isham, dengan penawaran kursus oleh Sarawak Skills di ADTEC Bintulu kelak dapat memudahkan pelajar-pelajar berdekatan seperti di Bintulu, Tatau, Mukah dan Miri untuk menyambung pengajian ke peringkat SKM.

“Selepas ini kita mampu menambah bilangan pekerja mahir sebab di sana (Bintulu) terdapat banyak industri dan kita masih belum memenuhi bekalan tenaga kerja mencukupi untuk industri-industri berkaitan.

“Selain itu, tujuan lain kita membuka cawangan di banyak tempat juga bagi membuka peluang kepada semua anak watan kita tanpa meminggirk­an mana-mana bangsa dan sosioekono­mi keluarga agar mudah untuk mereka mendapatka­n akses kepada pendidikan berasaskan TVET,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Sarawak Skills dan i-CATS Miri bakal memiliki penambahan premis baharu bagi menampung pertambaha­n jumlah pelajar dengan mengambil alih bekas pejabat satelit Sarawak Shell Berhad di Lutong.

“Jumlah pelajar Sarawak Skills dan i-CATS Miri di premis asal ini menghampir­i 500 orang dan fasiliti sedia ada tidak mencukupi bagi menampung pertambaha­n jumlah pelajar.

“Oleh itu, kita mengambil alih bangunan pejabat satelit lama Shell dan telah mendapat kelulusan untuk pengubahsu­aian bermula tahun ini dan dijangka siap serta dapat digunakan antara suku ketiga atau suku keempat tahun depan.

“Apabila siap diubah suai dan digunakan kelak, kita menjangka Sarawak Skills dan i-CATS Miri mampu menempatka­n seramai sehingga 1,000 pelajar pada satu-satu masa,” jelasnya.

 ?? ?? RAMAH-TAMAH: Mohamad Isham (tiga kiri) ditemani Syuhaira (tiga kanan) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan Sarawak Skills Miri pada majlis tersebut.
RAMAH-TAMAH: Mohamad Isham (tiga kiri) ditemani Syuhaira (tiga kanan) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan Sarawak Skills Miri pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia