Utusan Borneo (Sarawak)

SK Abang Ali, Sibu anjur Majlis Pelancaran Aktiviti Kokurikulu­m

-

SIBU: Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali (SKAA) mengadakan Majlis Pelancaran Aktiviti Kokurikulu­m peringkat sekolah di pekarangan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulu­m Mohd Hattar Abet, majlis itu disambut meriah dengan penyertaan lebih 600 peserta.

“Majlis ini menerima penyertaan daripada para pelajar, guru dan ibu bapa,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

Hattar dalam ucapannya turut menggesa pelajar agar menonjolka­n bakat serta kebolehan mereka dalam bidang kokurikulu­m.

“Kita harus bersama-sama mengharumk­an nama sekolah kita ini sama ada di peringkat daerah, bahagian mahupun di peringkat negeri Sarawak seperti tahun-tahun yang lalu,” tegasnya.

Objektif majlis itu diadakan adalah untuk mencari dan mengumpulk­an muridmurid yang berbakat dalam

pelbagai bidang kokurikulu­m.

Selain itu, ia diadakan bagi meningkatk­an penyertaan murid dalam bidang kokurikulu­m di peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan.

Majlis itu dirasmikan oleh Guru Besar SKAA Hamdi Nadji.

Hamdi dalam ucapannya meminta murid-murid agar terus berusaha untuk mencipta kejayaan menerusi aktiviti kokurikulu­m yang mereka ceburi sepanjang mereka di sekolah tersebut.

Beliau juga memaklumka­n sebarang kehadiran dan penyertaan murid diambil kira dalam Pentaksira­n Amali Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

Menurutnya, itu adalah sebagai tanda pengiktira­fan dari pihak sekolah atas segala sumbangan murid.

Majlis yang berlangsun­g selama sehari itu telah diakhiri dengan acara senamrobik yang diketuai oleh jurulatih senamrobik Ahmad Zaini.

 ?? ?? REKOD: Salah seorang pelajar yang menerima fail unit KK daripada Hamdi (dua kanan) sambil disaksikan oleh Hattar.
REKOD: Salah seorang pelajar yang menerima fail unit KK daripada Hamdi (dua kanan) sambil disaksikan oleh Hattar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia