Utusan Borneo (Sarawak)

STU Bahagian Sarikei adakan AGM, sambutan pra-Hari Guru

-

Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sarikei mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-21 baru-baru ini di Sarikei yang mengetenga­hkan beberapa perkara berkaitan peranan kesatuan.

STU Sarikei dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, AGM berkenaan turut berobjekti­f menyampaik­an laporan tahunan dan kemas kini program kepada ahli.

Selain itu katanya, ia memudahkan interaksi sesama ahli, di samping memilih 10 perwakilan dan dua pemerhati untuk menghadiri Persidanga­n Perwakilan Dwitahunan di Kuching yang dijadualka­n pada September 2024.

Pada mesyuarat itu, turut diadakan ceramah mengenai peranan serta tanggungba­wab wakil sekolah serta majlis makan tengah hari dan sambutan pra-Hari Guru.

Kesatuan berkata, ia untuk berkongsi pandangan dengan wakil sekolah berkenaan tugas dan kewajipan mereka dalam institusi pendidikan.

“Selain itu, mengiktira­f peranan penting wakil sekolah sebagai penyalur maklumat antara sekolah dan warganya,

“Justeru, kesatuan menzahirka­n rasa terima kasih atas komitmen dan bakti guru yang tidak berbelah bahagi,” ujarnya.

Manakala bagi program ceramah kesihatan katanya, ia diharap dapat memberi panduan kepada ahli untuk mengenal pasti isu berkaitan kesihatan tulang belakang dan sendi.

Ceramah yang menyaksika­n Norliza Mat Bunut dan Dewandi Wajdi dari Klinik Kesihatan Sarikei sebagai jemputan turut menawarkan pandangan kepada ahli tentang penyelengg­araan dan penjagaan tulang belakang dan sendi.

Turut hadir pada AGM berkenaan ialah Pengerusi STU Bahagian Sarikei Ngu Fung Sieng, Naib Presiden STU Zon Tengah Goh Wee Mei, Setiausaha STU Sarikei Ting Ying Yong, Bendahari STU Wong Joh Hsia dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Timot Usop.

 ?? ?? SELAMAT HARI GURU: Ngu (tiga kiri) dan Timot (dua kiri) bersama yang lain memotong kek sempena sambutan pra-Hari Guru selepas AGM diadakan, baru-baru ini.
SELAMAT HARI GURU: Ngu (tiga kiri) dan Timot (dua kiri) bersama yang lain memotong kek sempena sambutan pra-Hari Guru selepas AGM diadakan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia