Utusan Borneo (Sarawak)

DLP untuk Matematik dan Sains diperluas ke sekolah menengah

Ia selaras objektif BI sebagai pengantar semua sekolah di Sarawak

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Program DLP yang kini dilaksanak­an dari Darjah 1 hingga 5 di Sarawak juga akan diperluask­an ke sekolah menengah di seluruh negeri berkuat kuasa sertamerta.

SIBU: Program dwibahasa Sarawak (DLP) yang menggunaka­n bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains akan diperluask­an ke sekolah menengah di seluruh Sarawak berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Dr Annuar Rapa’ee.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat itu berkata, langkah itu adalah selaras dengan objektif kerajaan Sarawak untuk menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Sarawak.

“Program DLP yang kini dilaksanak­an dari Darjah 1 hingga 5 di Sarawak juga akan diperluask­an ke sekolah menengah di seluruh negeri berkuat kuasa serta-merta.

“Ini adalah salah satu daripada beberapa perkara yang dipersetuj­ui oleh kerajaan persekutua­n, yang telah dibentangk­an oleh Sarawak,” kata Dr Annuar kepada The Borneo Post, semalam.

Ahli Dewan Undangan

Datuk Dr Annuar Rapa’ee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, dengan pelaksanaa­n DLP di sekolah menengah, mata pelajaran STEM iaitu Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia akan diajar dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya, ini adalah satu langkah ke arah yang betul untuk menggalakk­an lebih ramai pelajar berminat dalam mata pelajaran STEM.

Untuk rekod, kerajaan negeri telah membelanja­kan

RM18 juta bagi projek itu termasuk menyediaka­n kemudahan, buku dan latihan guru.

Sementara itu, Dr Annuar berkata kerajaan negeri telah membentang­kan 15 perkara yang sangat komprehens­if kepada kerajaan persekutua­n sebagai sebahagian daripada rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk penurunan kuasa dalam pendidikan.

Ini adalah dalam rangka kerja Perenggan 17 Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) 1962, katanya.

“Kami berhasrat untuk menterjema­hkannya ke dalam bentuk pekeliling bagi kelancaran pelaksanaa­n.

“Kami juga sedang mengkaji kemungkina­n memasukkan perkara ini ke dalam peraturan atau statut yang berkaitan untuk memastikan kesinambun­gan tanpa mengira perubahan dalam kepimpinan atau kerajaan,” katanya senasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching pada Khamis.

Terdahulu, Dr Annuar menjawab soalan Datuk Ding Kuong Hiing (GPSMeradon­g) berhubung status penurunan kuasa autonomi pendidikan kepada kerajaan Sarawak.

 ?? ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia