Utusan Borneo (Sarawak)

Merarau Ely Cafe Sibu perkenal konsep makanan dalam talam, gamit nostalgia

-

Budaya menikmati makanan dalam talam, nampaknya semakin jarang dilihat.

Namun sekali-sekala apabila pulang ke kampung halaman, menjamah sajian dengan cara itu sambil duduk bersila beramai-ramai di atas tikar mengkuang sememangny­a menyeronok­kan dan membangkit­kan nostalgia lama.

Jika diamati, konsep berkenaan juga jarang dipraktikk­an oleh pengusaha makanan di negara ini.

Justeru, Merarau Ely Cafe Sibu tampil dengan konsep hidangan set talam dengan menyajikan makanan asli tempatan yang sudah semestinya mengimbau kembali nostalgia.

Pengurusny­a Daniel James berkata, pihaknya berbesar hati dan berbangga kerana dapat mengetenga­hkan idea berkenaan di bandar Sibu.

“Konsep ini sebenarnya amat terkenal di Semenanjun­g, namun sukar didapati di Sarawak.

“Oleh itu, saya mengetenga­hkan konsep ini untuk membuat kelainan yang belum ada di Sarawak agar ia

dapat dikenali di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Daniel berkata, set talam yang mereka sediakan akan dihidangka­n bersama menu lauk-pauk kampung.

“Terdapat empat set talam yang disediakan iaitu set talam udang sambal, set talam sotong sambal, set talam ikan patin masak tempoyak, dan set talam masak lemak cili api.

“Untuk setiap set tersebut

kita ada sediakan enam menu iaitu pansuh, ikan tilapia masak masam manis, sayur, ayam goreng, asam pedas, ulam-ulaman, telur masin, ikan masin dengan sambal,” ujarnya.

Menurutnya, hidangan itu dapat dinikmati oleh seisi keluarga sehingga mencecah enam orang.

Mengulas lokasi pilihannya, anak jati Limbang itu berkata, dia memilih

Sibu kerana lokasinya yang strategik.

“Satu sebab saya pilih Sibu kerana lokasinya yang terletak di bahagian tengah negeri ini.

“Ia memudahkan rakanrakan dari Kuching mahupun Miri untuk datang ke sini.

“Saya berharap hidangan sebegini akan terus menjadi pilihan penggemarn­ya sama ada yang dari Sibu mahupun luar dari Sibu” tambahnya.

 ?? ?? JEMPUT MAKAN: Daniel (tengah) ketika menghidang­kan set talam kepada pelanggann­ya.
JEMPUT MAKAN: Daniel (tengah) ketika menghidang­kan set talam kepada pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia