Utusan Borneo (Sarawak)

BSMM Sarikei ambil lima bayi lahir pada 8 Mei sebagai anak angkat

-

Lima bayi yang lahir pada 8 Mei di Hospital Sarikei telah diambil sebagai anak angkat oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Sarikei.

Naib Pengerusi BSMM Cawangan Sarikei Lim Choon Chai berkata, program anak angkat itu adalah sempena Hari Bulan Sabit Merah Palang Sedunia pada tahun ini.

“Kesemua bayi ini menerima sijil anak angkat daripada BSMM cawangan Sarikei dan juga hamper.

“Setiap tahun pada 8 Mei, Hari Bulan Sabit Merah Palang Sedunia akan diraikan di seluruh dunia bagi memperinga­ti hari warisan Jean Henry Dunant yang merupakan sukarelawa­n perintis yang mengasas Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabang­sa sejak 160 tahun lalu.

“Sambutan ini juga adalah untuk memberi penghormat­an kepada berjuta-juta sukarelawa­n Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang bek

erja dan memberi perkhidmat­an kepada masyarakat di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai mengadakan kunjungan ke Hospital Sarikei sempena Hari Bulan Sabit Merah Palang Sedunia, kelmarin.

Pada program itu juga, rombongan BSMM Cawangan Sarikei turut menyampaik­an

sijil kepada kanakkanak yang terpilih dan 50 hamper kepada pesakit di wad bersalin dan pediatrik Hospital Sarikei.

Menurut Lim, tema sambutan Hari Bulan Sabit Merah Palang Sedunia pada tahun ini adalah ‘Mengekalka­n Kemanusiaa­n Hidup.’

“Tema ini diangkat bagi mencermink­an seruan bagi

memberikan perlindung­an yang lebih besar kepada petugas kemanusiaa­n agar dapat memberikan impak positif dalam perkhidmat­an mereka kepada masyarakat,” jelas Lim lagi.

Turut hadir ialah Setiausaha Kehormat BSMM Cawangan Sarikei Wong Siew Hung dan ahli-ahli BSMM Cawangan Sarikei yang lain.

 ?? ?? TAHNIAH: Ahli BSMM Cawangan Sarikei menyampaik­an sijil anak angkat dan hamper kepada salah seorang ibu bayi yang terpilih.
TAHNIAH: Ahli BSMM Cawangan Sarikei menyampaik­an sijil anak angkat dan hamper kepada salah seorang ibu bayi yang terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia