Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan terancang HEP Batang Ai untuk kerja-kerja naik taraf sistem

-

Sarawak Energy Berhad (SEB) akan melakukan penutupan terancang di Empangan Hidroelekt­rik (HEP) Batang Ai, Lubok Antu untuk kerja-kerja menaik taraf sistem kritikal bagi mendigital­kan infrastruk­turnya.

Menurutnya, projek automasi memperkema­s sistem loji kuasa tersebut adalah bagi membolehka­n pengurusan penjanaan kuasa dan sumber air yang berkesan.

“Ia dijadual dilaksanak­an dalam tiga peringkat, peringkat pertama bermula dari 16 hingga 20 Mei, manakala fasa kedua dan ketiga akan dilaksanak­an masing-masing dari 4 hingga 13 Jun dan 27 Jun 2024,” katanya menerusi kenyataan, kelmarin.

Katanya, ketika penutupan loji yang dirancang sedang berjalan, terdapat kebarangka­lian tiada pelepasan air atau pelepasan air minimum dari HEP Batang Ai.

“Oleh itu, ia boleh menyebabka­n paras air rendah di hilir HEP Batang Ai.

“Komuniti yang tinggal dan beroperasi di sepanjang hilir sungai di sekitar Lubok Antu

yang mungkin terjejas oleh paras air rendah, dinasihatk­an untuk merancang dan mengamalka­n amalan pemulihara­an air yang bertanggun­gjawab dalam tempoh ini.

“Kemudahan rawatan air yang dikendalik­an oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) berhampira­n mengesahka­n pengambila­n air mentah semasa masih mencukupi dan kemungkina­n berlaku sebarang gangguan bekalan air adalah rendah,” jelasnya.

Sementara itu, langkahlan­gkah mitigasi telah dilaksanak­an, termasuk penggunaan

pam berkuasa diesel untuk mengeluark­an air dari takungan HEP Batang Ai untuk bekalan hiliran jika diperlukan.

Selain itu, terdapat empat anak sungai yang mengalir di sepanjang sungai dari HEP Batang Ai ke loji rawatan air bagi memastikan aliran air yang konsisten dan mencukupi.

Katanya lagi, SEB dan JBALB akan bekerjasam­a memantau paras air di kemudahan rawatan bagi memastikan gangguan bekalan yang minimum.

“Sebagaikom­itmenterha­dap

tanggungja­wab alam sekitar, syarikat juga akan terus melaksanak­an pelepasan penting aliran alam sekitar (atau aliran riparian minimum) hiliran untuk memelihara kesihatan dan integriti ekosistem sungai.

“Aliran air yang mencukupi adalah penting untuk mengekalka­n habitat akuatik, menjaga kualiti air dan mengekalka­n keseimbang­an ekologi sungai di hilir,” katanya.

Justeru, pihak SEB menghargai persefaham­an dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh tersebut bagi memudahkan kelancaran pelaksanaa­n projek automasi.

 ?? ?? USAHA PENDIGITAL­AN: SEB akan melakukan penutupan terancang di HEP Batang Ai dalam tiga peringkat untuk mendigital­kan infrastruk­turnya.
USAHA PENDIGITAL­AN: SEB akan melakukan penutupan terancang di HEP Batang Ai dalam tiga peringkat untuk mendigital­kan infrastruk­turnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia