Utusan Borneo (Sarawak)

Stephnie Clara dinobatkan sebagai Kumang Gawai Daerah Song 2024

-

SONG: Gadis berumur 18 tahun, Stephnie Clara dinobatkan sebagai Kumang Gawai Daerah Song 2024, malam kelmarin.

Stephnie Clara yang berasal dari Rumah Edward Minggu, Kebiau, Song membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala, mahkota, selempang Kumang, bunga dan hamper.

Naib johan disandang oleh Vanessa Grace Tali, 19, gadis Melanau berasal dari Kampung Bedil, Kanowit, sekali gus memenangi wang tunai RM2,000 berserta piala, mahkota, selempang Lulong, bunga dan hamper.

Pemenang tempat ketiga pula ialah Astina Anabella Augustine, 21, dari Rumah Golbert Nyadang, Sungai Tekalit, Song dan meraih wang tunai RM1,000 berserta piala, mahkota, selempang Selinggar Matahari, bunga dan hamper.

Pertanding­an itu turut disertai oleh empat perserta lain iaitu Lidwina Banggi, 19,

(Kanowit); Rosnyelia Ida, 21, (Song); Arlyn, 19, (Song); dan Nani Saban, 18, (Song) yang masing-masing menerima sagu hati wang tunai RM800.

Penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan isteri Menteri Kerja Raya, Datin Sri Angelina Celestine Ujang dan isteri Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Katibas Noria Uju.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan ADUN Katibas Lidam Assan.

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Song Harry

Bruce Edwin, Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Ambrose Abong Bugek, Pengerusi Jawatankua­sa Induk Mantar Gawai Daerah Song Francis Dana Chuat, wakil Residen Bahagian Kapit Sebastian Siba, Setiausaha Politik Premier Sarawak Maurice Joannes Giri dan Watson Awan Jalai.

 ?? ?? SYABAS: Kumang Gawai Daerah Song 2024, Stephnie Clara (duduk) merakamkan kenangan bersama hadiah kemenangan­nya. Turut kelihatan, Vanessa Grace (tiga kanan), Astina Anabella (tiga kiri) dan peserta lain.
SYABAS: Kumang Gawai Daerah Song 2024, Stephnie Clara (duduk) merakamkan kenangan bersama hadiah kemenangan­nya. Turut kelihatan, Vanessa Grace (tiga kanan), Astina Anabella (tiga kiri) dan peserta lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia