Utusan Borneo (Sarawak)

Kikis mitos tentang vaksinasi antirabies

Tanggapan anjing akan mati antara penyebab haiwan peliharaan tidak diberi vaksin

- Oleh Reno Benjamin Dr Siong Jing Jing Pegawai Pejabat Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Sibu

SIBU: Mitos dan tanggapan tentang vaksinasi antirabies dalam kalangan segelintir masyarakat perlu dikikis, kata Pegawai Pejabat Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Sibu Dr Siong Jing Jing.

Menurutnya, ada sesetengah pemilik anjing yang berpendapa­t haiwan peliharaan mereka akan mati selepas menerima suntikan, sekali gus menjadi antara penyebab anjing terbabit tidak diberikan suntikan vaksin antirabies.

Katanya, terdapat juga pemilik anjing yang beranggapa­n anjing yang telah diberikan suntikan vaksin antirabies tidak lagi kuat atau cergas seperti sebelumnya.

“Ada pemilik berpendapa­t jika ambil suntikan ini, anjing mereka akan mati. Atau jika anjing ini telah diberi suntikan, ia tidak lagi kuat untuk dibawa pergi berburu seperti sebelumnya.

“Jadi pemikiran seperti itu masih ada. Kita tidak boleh berbuat apa-apa, selain terus memberi kesedaran atau didikan kepada mereka terutama pemilik (anjing) di kawasan luar bandar,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Dr Siong ditemui pada program vaksinasi antirabies

Jadi pemikiran seperti itu masih ada. Kita tidak boleh berbuat apa-apa, selain terus memberi kesedaran atau didikan kepada mereka terutama pemilik (anjing) di kawasan luar bandar.

percuma anjuran Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Cina Bahagian Sibu bersama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Sibu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thian Hua, Sibu Jaya.

Namun menurut beliau, kesedaran mengenai rabies bagi mereka yang tinggal di bandar amat baik, di mana mereka sedar akan bahaya

rabies yang boleh meragut nyawa.

“Namun, sama ada mereka mahu membawa anjing mereka keluar untuk mendapatka­n suntikan antirabies adalah satu perkara yang lain. Seperti pada hari ini (semalam), cuaca hujan dan usaha untuk membawa haiwan peliharaan ke sini agak mencabar bagi mereka,” jelasnya.

Ketika program sama di SJKC Thian Hua tahun lepas, Dr Siong memberitah­u lebih 90 ekor anjing telah diberi suntikan vaksin antirabies.

Sehubungan itu, pada tahun ini beliau berharap dapat mengekalka­n jumlah sama atau lebih banyak lagi anjing mendapatka­n vaksinasi

terbabit.

Sementara itu, pengerusi penganjur program Penghulu Kong Sien Min berkata, sambutan yang diterima terhadap program semalam amat menggalakk­an di mana dalam yang singkat, sejumlah lebih 20 ekor anjing telah divaksinas­i.

“Ini kali kedua progran dianjurkan di sini (SJKC Thian Hua) dan yang pertama kita anjurkan untuk tahun ini. Selepas ini, kita akan menganjurk­an empat lagi program sama tahun ini,” ujarnya.

Empat lokasi program tersebut ialah di Dewan Suarah Kanowit pada 15 Jun, SJKC Tong Ah Selangau

(13 Julai), Gereja Methodist Ching Ann (24 Ogos) dan CCK Lokal, Jalan Ling Kai Cheng (14 September).

Kong turut memberitah­u, terdapat banyak anjing di kawasan kampung atau luar bandar, namun ia bebas berkeliara­n dan pemilik mendapati sukar untuk menangkap anjing peliharaan mereka untuk mendapatka­n vaksinasi.

“Oleh itu, banyak anjing yang belum mendapat suntikan vaksin antirabies,” jelasnya sambil menyeru kerjasama semua pemilik untuk membawa anjing peliharaan mereka menyertai program vaksinasi yang dianjurkan.

 ?? ?? CEGAH RABIES: Seorang petugas Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Sibu memberikan suntikan vaksin antirabies kepada anjing pada program di SJKC Thian Hua, semalam.
CEGAH RABIES: Seorang petugas Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Sibu memberikan suntikan vaksin antirabies kepada anjing pada program di SJKC Thian Hua, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia