Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Penjara Limbang bantu banduan dapatkan dokumen kewarganeg­araan

-

Jabatan Penjara Limbang terus menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantu banduan mendapatka­n dokumen kewarganeg­araan.

Jurucakap Jabatan Penjara Limbang berkata, satu pengoperas­ian Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sarawak yang tidak mempunyai kewarganeg­araan peringkat daerah Limbang diadakan kelmarin.

“Pengoperas­ian itu diadakan bersama Pejabat Daerah Limbang, Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak serta Jabatan Pendaftara­n Negara melibatkan seramai 15 pegawai.

“Dua banduan yang mempunyai masalah dokumentas­i kritikal dan sudah bertahun lama masih belum dapat diselesaik­an telah dirujuk kepada agensi berkaitan pada sesi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, kehadiran ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat pada pengoperas­ian itu adalah sebagai penjamin atau penganjur serta sebagai pengesahan kepada banduan terlibat.

Beliau berkata, program itu inisiatif kerajaan Sarawak dengan kerjasama Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi membantu warga Sarawak yang belum mempunyai dokumentas­i serta taraf warganegar­a.

“Kaedah turun ke lapangan dilakukan dan penilaian dengan sumber maklumat daripada ketua kaum dan masyarakat berdasarka­n peraturan dan undang-undang agar ketelusan dan integriti permohonan diberi keutamaan dengan menumpukan pemberian taraf warganegar­a kepada warga Sarawak,” jelasnya.

Justeru, Jabatan Penjara Limbang amat berbesar hati dan mengalu-alukan program seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah Penjara Limbang Penolong Komisioner Penjara (PKP) Usman Mala berharap program itu dapat membantu menyelesai­kan masalah banduan berhubung dokumentas­i dan kewarganeg­araan.

 ?? ?? KUKUH KERJASAMA: Jabatan Penjara Limbang bersama agensi berkaitan pada pengoperas­ian Pasukan Petugas Khas menangani isu kewarganeg­araan.
KUKUH KERJASAMA: Jabatan Penjara Limbang bersama agensi berkaitan pada pengoperas­ian Pasukan Petugas Khas menangani isu kewarganeg­araan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia