Utusan Borneo (Sarawak)

SBC adakan Hari Biodiversi­ti 2024 pada 25 Mei

-

KUCHING: Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) akan mengadakan Hari Biodiversi­ti 2024 pada 25 Mei ini di Pusat Biodiversi­ti Sarawak, Semenggoh bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

SBC dalam kenyataann­ya kelmarin berkata, acara itu diadakan sempena Hari Antarabang­sa Bagi Biodiversi­ti yang disambut pada 22 Mei setiap tahun.

“Tema Hari Antarabang­sa Bagi Biodiversi­ti tahun ini ialah ‘Jadilah Sebahagian daripada Pelan’ yang memfokuska­n seruan untuk bertindak bagi semua pihak berkepenti­ngan menghenti dan memulihkan kehilangan biodiversi­ti dengan menyokong pelaksanaa­n Rangka Kerja Biodiversi­ti Global Kunming-Montreal yang turut dirujuk sebagai Rancangan Biodiversi­ti.

“Hari Biodiversi­ti SBC menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pameran permainan sains, pameran pengetahua­n tradisiona­l, meredah hutan berpandu dan pameran daripada pelbagai agensi dan komuniti orang asal.

“Tema tahun ini adalah penting kerana kami terus berusaha ke arah melindungi dan memulihara kekayaan biodiversi­ti dan menjadi sebahagian daripada rancangan itu,” katanya.

Justeru katanya, SBC berharap untuk menjadi inspirasi kepada tindakan dan menggalakk­an kesedaran dalam kalangan orang ramai, terutama generasi muda.

“Kami juga mahu meningkatk­an minat pelajar dalam mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM),” kata Dato Dr Yeo Tiong Chia, Ketua Pegawai Eksekutif SBC dalam kenyataan itu.

Hari Biodiversi­ti 2024 memberi peluang kepada SBC melibatkan dan mendidik orang ramai, pelajar sekolah, universiti dan institut penyelidik­an untuk berkongsi dan mempelajar­i tentang biodiversi­ti dan sains.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Biodiversi­ti SBC 2024, sila layari laman web SBC di www.sbc.org. my atau laman rasmi Facebook ‘Sarawak Biodiversi­ty Centre’.

 ?? ?? JOM SOKONG: Hari Biodiversi­ti SBC 2024 pada 25 Mei 2024 di Pusat Biodiversi­ti Sarawak, Semenggoh.
JOM SOKONG: Hari Biodiversi­ti SBC 2024 pada 25 Mei 2024 di Pusat Biodiversi­ti Sarawak, Semenggoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia