Utusan Borneo (Sarawak)

STM dan ejen Sports Toto kunjungi Rumah Kanak-Kanak Methodist Miri

-

Memberi sesuatu kembali kepada masyarakat sentiasa menjadi nilai teras yang diamalkan oleh STM Loteri Sdn Bhd (STM) dengan menjadikan­nya sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Justeru, sempena dengan sambutan perayaan Pesta Menuai dan Hari Gawai tahun ini, STM mengambil peluang untuk berkongsi keceriaan perayaan dengan beberapa kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia Timur.

Di Miri, sepasukan sukarelawa­n kakitangan STM dan ejen Sports Toto telah melawat Rumah KanakKanak Methodist Miri di sini dan menjamu kira-kira 14 penerima manfaat rumah itu dengan hidangan lazat.

Dalam pada itu, STM juga telah menyumbang­kan sejumlah wang tunai RM5,000 kepada rumah tersebut.

Pegawai Jualan Kawasan, Pejabat STM Miri Luke Ting memberitah­u, sebagai sebuah syarikat yang bertanggun­gjawab dari segi sosial, ia percaya bahawa menyumbang kepada masyarakat adalah bahagian

penting dalam perniagaan dan operasi organisasi.

Selepas ini, STM akan terus menyebarka­n keceriaan perayaan kepada waris daripada Persatuan Kebajikan Makatip Sabah di Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Mei, Taska Mesra Cheshire Sandakan di Sandakan, Sabah pada 15 Mei, Sabah Society For The Deaf (Cawangan Lahad Datu) di Tawau, Sabah pada 16 Mei

serta Persatuan Kanak-Kanak Berkeperlu­an Khas Sibu di Sibu, Sarawak pada 17 Mei.

Secara keseluruha­nnya, loteri STM akan menderma sejumlah RM25,000 kepada lima pertubuhan kebajikan di Malaysia Timur.

Selama ini, loteri STM telah membawa keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik semasa perayaan kerana syarikat percaya bahawa setiap

orang tanpa mengira status sosial atau latar belakang, berhak mendapatde­tikyangmen­ggembiraka­n semasa perayaan.

Sementara itu, pengawai penyelia Rumah KanakKanak Methodist Miri, Shirley Liew memberitah­u penghuni pusat berkenaan yang berusia dari enam hingga 20 tahun, majoritiny­a anak yatim di samping beberapa orang yatim piatu.

 ?? ?? SUMBANGAN: Luke menyerahka­n sumbangan RM5,000 serta pek makanan kepada Liew (lima kiri) sambil disaksikan oleh kakitangan STM dan ejen Sport Toto Miri yang lain.
SUMBANGAN: Luke menyerahka­n sumbangan RM5,000 serta pek makanan kepada Liew (lima kiri) sambil disaksikan oleh kakitangan STM dan ejen Sport Toto Miri yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia