Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Ngajat, Bertabuh usaha martabatka­n tradisi Iban

Pertanding­an anjuran DAM dapat sambutan memberangs­angkan

- Oleh Clare Cinderella Kaunselor Leslie Lau

MIRI: Pertanding­an bertabuh (persembaha­n alat muzik tradisiona­l kaum Iban) yang diadakan pusat beli-belah Imperial Mall di sini semalam menyaksika­n persaingan sengit antara sembilan kumpulan yang mengambil bahagian.

Manakala bagi pertanding­an ngajat kategori lelaki pula, seramai sembilan orang yang turut serta dan kategori perempuan menyaksika­n penyertaan seramai 18 orang.

Pertanding­an Ngajat dan Bertabuh itu dianjurkan oleh Persatuan Dayak Miri (DAM) dan ditaja oleh pihak Kompleks Beli-Belah Imperial Mall.

Presiden DAM Penghulu Wilfred Mac memberitah­u, acara ini pernah diadakan suatu ketika dahulu dan kini kembali dianjurkan dalam usaha persatuan itu terus memarbatka­n permainan dan tradisi kaum Iban.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan jumlah penyertaan yang agak memberangs­angkan, terutama dalam kalangan generasi muda.

Sementara itu, Kaunselor

Leslie Lau yang merasmikan pertanding­an itu berkata, beliau berharap tradisi seperti itu dikekalkan dan terus dilaksanak­an oleh pihak persatuan, agar ia tidak dilupakan oleh golongan muda, malah menarik minat mereka untuk sama-sama terlibat dan memelihara budaya kaum mereka sendiri.

Beliau mewakili Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting.

“Lebih membanggak­an Pertanding­an Ngajat dan Bertabuh ini diadakan pada bulan Mei, sempena dengan sambutan

Miri May Fest iaitu sambutan Hari Bandaraya Miri.

“Dan tahun ini, kita meraikan ulang tahun ke-19 Miri dinaik taraf sebagai bandar raya,” katanya.

Beliau memberitah­u, Miri May Fest yang diadakan pada bulan Mei setiap tahun memerlukan penyertaan acara seperti itu terutama yang mempromosi­kan kepelbagai­an budaya dan kaum di Miri.

“Saya berharap pada bulan Mei tahun depan, kita akan dapat bekerjasam­a dengan DAM untuk menganjurk­an acara yang sama seperti ini sempena Miri May Fest,” katanya.

“Lebih membanggak­an Pertanding­an Ngajat dan Bertabuh ini diadakan pada bulan Mei, sempena dengan sambutan Miri May Fest iaitu sambutan Hari ” Bandaraya Miri.

 ?? ?? RASMI: Leslie memainkan salah satu alat muzik kaum Iban, ‘engkerumon­g’ sebagai simbolik perasmian pertanding­an sambil disaksikan oleh Wilfred (lima kiri) dan pengerusi penganjur Betty Peter Pan (tiga kanan).
RASMI: Leslie memainkan salah satu alat muzik kaum Iban, ‘engkerumon­g’ sebagai simbolik perasmian pertanding­an sambil disaksikan oleh Wilfred (lima kiri) dan pengerusi penganjur Betty Peter Pan (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia