Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak laung keyakinan rangkul kejuaraan SUKMA XXI

Selepas tiga dekad, Sarawak harus manfaatkan kelebihan tuan rumah untuk kembalikan takhta kejuaraan: Dr Rundi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

BINTULU: Sarawak melaungkan amaran awal dengan keyakinan untuk meraih juara keseluruha­n Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang berlangsun­g di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos 2024 dengan Para SUKMA Sarawak 2024 dari 20 hingga 28 September depan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, 30 tahun lepas Sarawak pernah menjadi juara keseluruha­n SUKMA 1994 di Perak dan sekarang tiba masanya kejuaraan itu kembali ke Bumi Kenyalang.

Katanya, ini merupakan peluang Sarawak sebagai tuan rumah untuk mendapatka­n kembali takhta tersebut selepas tiga dekad kemarau kejuaraan.

“Dua kategori sukan membabitka­n SUKMA dan Para SUKMA memberikan peluang kepada semua termasuk atlet kelainan upaya memperliha­tkan bakat mereka.

“Dan, semua orang tahu bahawa juara dunia angkat berat powerlifti­ng iaitu Bonnie Bunyau Gustin adalah anak Sarawak.

“Seluruh dunia tahu dengannya dan tahu di mana Sarawak. Tahniah kepada beliau dan Sarawak yang telah menyerlahk­an semangat kesukanan melalui usaha itu,” ujarnya pada perasmian Larian Baton SUKMA XXI 2024 Sarawak Peringkat Bahagian Bintulu di pekarangan Dewan Suarah Bintulu semalam.

Dr Rundi berkata, ada atlet berbakat dunia dilahirkan di Sarawak, antaranya Datuk Pandelela Rinong Pamg, jaguh muay thai negara, Jojo (Muhammad Johan Ghazali Zulfikar) dan lain-lain.

Katanya, ini memperliha­tkan setiap juara dunia semestinya ada anak Sarawak tersenarai di dalamnya serta mewakili Malaysia.

Justeru katanya, bagi yang ingin menjadi juara teruskan semangat kental bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal tetapi yang penting mental.

“Atlet perlu belajar sendiri dengan penuh keazaman untuk berjaya, maka ini peluang untuk kita meraihnya. Saya mendengar daripada Premier dan riak muka atlet (Sarawak), saya berkeyakin­an daripada 488 acara sukan dipertandi­ngkan kita mampu melakukann­ya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu.

“Bukan sahaja menjadi juara, kita mengambil manfaat menjadi tuan rumah untuk mengangkat imej Sarawak sebagai pasukan yang digeruni oleh negerinege­ri di Malaysia dalam SUKMA.

“Kita perhatikan Qatar dan banyak negara seperti Jepun dan Korea, mereka berebutreb­ut menjadi tuan rumah dalam acara sukan dunia bukan disebabkan mereka sebagai kuasa sukan besar sebaliknya mengambil peluang

dalam pasaran ekonomi, pelanconga­n dan yang penting imej,” katanya.

Menurutnya lagi, seramai 12,000 atlet dan pegawai dijangka terlibat dengan SUKMA dan 2,000 lagi untuk Para SUKMA, justeru ia merupakan peluang untuk Sarawak menonjolka­n imej terbaik.

“Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, perlu berhemah, menonjolka­n semangat kesukanan yang tinggi, menyerlah budaya yang baik. Kalah menang merupakan adat pertanding­an,”

katanya.

Ujarnya, bagi atlet muda yang mewakili Sarawak, mereka merupakan pelapis yang diharap dapat membantu membentuk masa depan sukan yang terjamin.

Terdahulu, baton tersebut telah bermula di Lawas seterusnya ke Miri dan kini di Bintulu, sebelum meneruskan perjalanan ke Mukah, Sibu dan Kapit sehingga destinasi terakhir penyerahan baton itu kepada Premier Sarawak di Kuching.

Meskipun 25 acara terbanyak di Kuching, namun

orang ramai boleh mengambil peluang untuk turut serta dalam aktiviti sesuai di kawasan masing-masing, antaranya jualan (makanan dan sebagainya) supaya semua dapat berasa bahang SUKMA di seluruh bandar Sarawak.

Acara lain katanya, masing-masing satu di Serian, Betong dan Sri Aman diikuti Samarahan, Sibu, Mukah dan Bintulu masing-masing menganjurk­an tiga acara, manakala Miri (enam acara).

“Kita berharap semua pihak memberi sokongan sepenuhnya dalam tiga acara SUKMA di Bintulu, turun beramai-ramai dengan memberi sokongan positif memandangk­an Bintulu turut mempunyai 10 atlet wira dan wirawati sukan berpotensi meraih pingat,” katanya.

Acara larian baton peringkat Bintulu disertai 10 ikon sukan Bintulu diketuai Marylyne Bungan Lian (atlet taekwondo) diikuti Kho Yee Ting (memanah), Judith Chelsea Ding (karate), Steffano Atom Stephen (taekwondo), Ting Chek Tee (tinju), Ronan Chai Voon Hao (wushu), Danial Aqil Zamri (silat), Chang Maw Chai (atlet para sukan olahraga), Rashid Lair (atlet para sukan olahraga) dan Hafidzi Bujang Adris (bola sepak).

Turut hadir Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dolhadi Marzuki.

Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, perlu berhemah, menonjolka­n semangat kesukanan yang tinggi, menyerlah budaya yang baik. Kalah menang merupakan adat pertanding­an.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

 ?? ?? RASMI: Marylyne menyerahka­n baton kepada Dr Rundi simbolik perasmian Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Bahagian Bintulu, semalam.
RASMI: Marylyne menyerahka­n baton kepada Dr Rundi simbolik perasmian Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Bahagian Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia