Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan, disyaki curi kabel syarikat telekomuni­kasi

-

Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel syarikat telekomuni­kasi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah Superinten­den Muhamad Rizal Alias berkata, keduadua suspek berusia 36 dan 37 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di Jalan Rumah Gardah, Selangau sekitar jam 2 petang.

“Kedua-dua suspek sebelum itu kelihatan baru beredar dari kawasan pencawang syarikat telekomuni­kasi yang belum beroperasi.

“Kenderaan suspek kemudian ditahan semasa dalam perjalanan keluar menuju ke arah jalan utama dan hasil pemeriksaa­n telah menjumpai peralatan untuk memotong kabel dan potongan kabel tembaga yang telah dibakar,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek juga gagal membuktika­n bahawa mereka merupakan kontraktor yang dilantik oleh syarikat telekomuni­kasi. “Salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan tujuh rekod atas kesalahan dadah, manakala seorang lagi suspek tiada mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Turut dirampas ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda serta anak kunci, 205 potongan tembaga pelbagai saiz dan pelbagai alat pemotong kabel.

Muhamad Rizal berkata, anggaran keseluruha­n nilai rampasan ialah RM61,000.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama empat sehingga 16 Mei ni dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubung­i Inspektor Mohd Hafez Abdul Razak menerusi talian 0129677575 atau talian hotline IPD Mukah (084-871222) atau mana-mana balai polis berhampira­n.

 ?? ?? TUMPAS: Dua lelaki warga tempatan yang ditahan bersama barang rampasan kes curi kabel di Selangau kelmarin.
TUMPAS: Dua lelaki warga tempatan yang ditahan bersama barang rampasan kes curi kabel di Selangau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia