Utusan Borneo (Sarawak)

JIM tahan 29 warga asing dalam operasi dua hari di Miri

-

Seramai 29 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di beberapa lokasi berasingan di sini pada Khamis dan Jumaat selepas didapati tinggal melebihi masa dan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook JIM Sarawak, bertindak atas maklumat risikan dan aduan, operasi dijalankan Unit Penguatkua­saan Imigresen (UPI) Bahagian Miri di beberapa lokasi yang dikenal pasti seperti premis makanan dan restoran, kedai runcit, ladang dan kilang memproses sawit, rumah sewa dan rumah kongsi tapak pembinaan.

“Seramai 62 individu telah diperiksa di dalam operasi

selama dua hari tersebut yang mana 29 individu terdiri daripada 21 lelaki, lima wanita dan tiga kanak-kanak telah ditahan kerana tinggal

melebihi masa dan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

“Tujuh individu yang ditahan pada hari pertama operasi dinamakan Ops Selera merupakan pekerja di sebuah premis makanan di Miri yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ oleh JIM.

“Operasi hari kedua menahan seramai 22 individu, kebanyakan­nya warga Indonesia dan Filipina yang sedang bekerja semasa serbuan dibuat,” katanya dalam hantaran berkenaan.

JIM Sarawak memberitah­u, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 11(7)(a) PeraturanP­eraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, JIM Sarawak akan terus mempergiat­kan usaha untuk mengesan individu-individu warga asing yang didapati menyalahi undang-undang keimigrese­nan, terutamany­a di kawasan ‘hotspot’ yang telah dikenal pasti.

“Pekerja warga asing yang berhasrat untuk bekerja di Sarawak adalah disarankan untuk memohon pas lawatan kerja yang sah dan bersesuaia­n, selaras dengan peruntukan undang-undang Malaysia bagi mengelakka­n implikasi undang-undang dan memperuntu­kkan perlindung­an kebajikan lebih menyeluruh kepada warga pekerja.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan adalah disarankan untuk menyalurka­n maklumat kepada JIM atau melalui saluran aduan dalam talian sedia ada,” gesanya.

 ?? ?? SERBUAN: Anggota JIM melakukan pemeriksaa­n dokumen pada salah seorang warga asing.
SERBUAN: Anggota JIM melakukan pemeriksaa­n dokumen pada salah seorang warga asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia