Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan tidak patahkan semangat 500 peserta jayakan Larian Baton SUKMA di Bintulu

-

Hujan tidak mematahkan semangat 500 peserta menjayakan Larian Baton SUKMA XXI 2024 Sarawak Peringkat Bahagian Bintulu yang bermula jam 8 pagi di pekarangan Dewan Suarah Bintulu semalam.

Pelepasan larian sepanjang 4.4 kilometer (km) itu yang kemudianny­a dipendekka­n kepada 1.8km disebab hujan telah disempurna­kan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti.

Acara larian baton itu disertai 10 ikon sukan dari Bahagian Bintulu diketuai atlet taekwondo, Marylyne Bungan Lian, seterusnya Kho Yee Ting (memanah), Judith Chelsea Ding (karate), Steffano Atom Stephen (taekwondo), Ting Chek Tee (tinju), Ronan Chai Voon Hao (wushu), Danial Aqil

Zamri (silat), Chang Maw Chai (atlet para sukan olahraga), Rashid Lair (atlet para sukan olahraga) dan Hafidzi Bujang Adris (bola sepak).

Nyurak berkata, beliau menghargai peserta yang memberikan sokongan penuh terhadap larian ini walaupun dalam keadaan hujan.

Katanya, peserta menunjukka­n

dengan penuh semangat sehingga dapat menamatkan larian baton dengan cemerlang dan sempurna serta program dapat diadakan dengan meriah.

“Sambutan anak-anak Bintulu yang menyertai acara yang diadakan begitu menggalakk­an,” katanya dalam ucapan aluan pada program

itu.

Beliau berkata, acara larian baton diadakan di 12 bahagian di Sarawak telah bermula di Lawas dan akan berakhir di Kuching untuk mempromosi­kan SUKMA dan Para SUKMA 2024.

“Bahagian Bintulu dipertangu­ngjawabkan dengan tiga acara SUKMA iaitu bola sepak (lelaki) peringkat kumpulan di padang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Stadium Bintulu, muaythai (Naim Street Mall Paragon Bintulu) dan sepak takraw (lelaki dan wanita) di Stadium Muhibah Bintulu,” katanya.

Justeru, beliau berharap atlet bertanding dan orang ramai yang menyaksika­n acara sukan itu menunjukka­n kelakuan penuh adab dan tertib.

Katanya, kerjasama baik semua pihak, ketua-ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memastikan tiga acara itu dijalankan dengan baik dan teratur seperti yang dirancang oleh pihak penganjur.

“Saya menyeru masyarakat di Bintulu memberi layanan baik dan memberi sokongan penuh agaratlet SUKMA dapat pengalaman yang bermakna serta menjaga tata tertib sebagai anak Sarawak yang sopan santun,” katanya.

 ?? ?? PELEPASAN: Hii dan Nyurak (kanan) melepaskan 500 peserta Larian Baton SUKMA Sarawak 2024 di Bintulu, semalam.
PELEPASAN: Hii dan Nyurak (kanan) melepaskan 500 peserta Larian Baton SUKMA Sarawak 2024 di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia