Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih tiga dekad Faridah tabur bakti ajar bahasa Melayu di Jepun

-

HAMPIR separuh perjalanan hidup guru wanita ini dihabiskan di Jepun sematamata untuk mengajar Bahasa Melayu sekali gus memartabat­kan serta menyuburka­n lagi bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat di negara Matahari Terbit itu.

Biarpun sudah menginjak usia 65 tahun, Faridah Mohamed tidak pernah berasa lelah dengan perjuangan yang bermula pada tahun 1989 untuk mengajar Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti.

Sejak tahun 2011, bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac Kota Kinabalu, Sabah itu menggalas tanggungja­wab sebagai pensyarah pelawat khas di Pusat Pengajian Bahasa dan Budaya di Tokyo University of Foreign Studies.

Beliau juga turut menjadi penterjema­h skrip drama, radio, dokumentar­i, penerbitan buku serta kamus.

Berpeluang menemu bual Faridah melalui telefon barubaru ini, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkata, semuanya bermula apabila beliau terpilih menjadi kumpulan pertama guru sekolah kerajaan yang dihantar ke Jepun menerusi program Dasar Pandang ke Timur, bagi mengikuti kursus bahasa Jepun selama setahun.

“Selepas tamat kursus, saya sambung ke peringkat ijazah selama empat tahun di Universiti Mei Kai. Semasa awal di sana, saya memang tak menang tangan menerima tawaran kerja sambilan mengajar Bahasa Melayu, terjemahan, semakan mahupun alih suara untuk sekolah atau syarikat persendiri­an.

“Saya tak pernah menolak tawaran kerana seronok mengajar mereka bahasa kebangsaan dengan tatabahasa yang betul. Upahnya lumayan kerana tidak ada orang Melayu yang mengambil peluang tersebut ketika itu,” katanya kepada Bernama.

Keterujaan untuk terus menabur bakti di Jepun demi mengangkat bahasa kebangsaan di mata dunia, membuatkan Faridahnek­adtidakpul­angketanah air bersama rakan kumpulan guru tajaan lain meskipun diarah berbuat demikian selepas tamat pengajian.

Keputusan itu mengakibat­kan Faridah dikehendak­i membayar penalti sebagai ganti rugi kepada kerajaan, namun wang hasil kerja sambilan sebagai guru serta penterjema­h yang dikumpul sepanjang pengajian banyak membantuny­a melunaskan denda tersebut.

“Saya mempunyai kemahiran mengajar dan kepakaran dalam bahasa, selain nama saya turut dikenali ramai dan sentiasa menjadi rujukan di sini.

“Keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia menyebabka­n saya seorang sahaja daripada kumpulan guru tajaan kerajaan yang terus tinggal di Jepun,” katanya yang turut bertuah dapat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang perbanding­an budaya di Internatio­nal Christian University setelah menerima biasiswa Yayasan Koide.

Walaupun terpaksa mengambil keputusan yang berat, keengganan ibu kepada dua anak ini untuk pulang ke Malaysia ketika itu membuatkan beliau dapat melihat potensi besar peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar bahasa Melayu di luar negara yang sewajarnya direbut rakyat negara ini.

Justeru, Faridah mengharapk­an pihak kerajaan atau universiti tempatan menghantar lebih ramai lagi orang Malaysia khususnya guru yang berkaliber dan berpengala­man untuk menyebarlu­askan lagi Bahasa

Melayu di Jepun.

“Penerimaan warga Jepun terhadap Bahasa Melayu juga lebih baik dan semakin mendapat tempat berbanding 20 atau 30 tahun dahulu. Memang ada bangsa lain boleh mengajar Bahasa Melayu tetapi tatabahasa­nya tunggang-langgang, kosa kata kurang tepat serta mencampura­dukkan Bahasa Melayu dengan bahasa asing.

“Saya bimbang jika ada universiti atau sekolah di Jepun menutup kursus Bahasa Melayu kerana kekurangan pengajar, satu kerugian buat Malaysia sekiranya kita tidak merebut peluang ini,” katanya yang baharu menyambung kontrak sebagai tenaga pengajar di Pusat Pengajian Bahasa dan Budaya di Tokyo University of Foreign

Studies untuk tempoh empat tahun lagi.

Ditanya adakah beliau tidak berhasrat untuk kembali ke tanah air, Faridah berkata, selagi tenaga dan kepakarann­ya diperlukan di Jepun, beliau akan terus mencurahka­n bakti sebagai pengajar Bahasa Melayu sehingga ada pengganti yang sesuai untuk menggalas tanggungja­wab tersebut. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL KERJA: Antara bahan bacaan yang ditulis Faridah, yang mendedikas­ikan separuh hidupnya tinggal di Jepun semata-mata untuk mengajar Bahasa Melayu sekali gus memartabat­kan serta menyuburka­n lagi bahasa kebangsaan.
— Gambar Bernama HASIL KERJA: Antara bahan bacaan yang ditulis Faridah, yang mendedikas­ikan separuh hidupnya tinggal di Jepun semata-mata untuk mengajar Bahasa Melayu sekali gus memartabat­kan serta menyuburka­n lagi bahasa kebangsaan.
 ?? — Gambar Bernama ?? GALAS TANGGUNGJA­WAB: Biarpun sudah mencecah usia 65 tahun, Faridah tidak pernah berasa lelah dengan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 1989 untuk mengajar Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti.
— Gambar Bernama GALAS TANGGUNGJA­WAB: Biarpun sudah mencecah usia 65 tahun, Faridah tidak pernah berasa lelah dengan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 1989 untuk mengajar Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERJUANGAN: Biarpun sudah mencecah usia 65 tahun, Faridah tidak pernah berasa lelah dengan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 1989 untuk mengajar Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti.
— Gambar Bernama PERJUANGAN: Biarpun sudah mencecah usia 65 tahun, Faridah tidak pernah berasa lelah dengan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 1989 untuk mengajar Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia