Utusan Borneo (Sarawak)

UNFF19: Malaysia nyata komitmen kekal 50 peratus liputan kawasan berhutan

- — Bernama

Malaysia terus komited mengekalka­n 50 peratus litupan kawasan berhutan berbanding dengan keluasan tanah selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendirian itu dinyatakan dalam persidanga­n meja bulat sempena sesi peringkat tertinggi (HLS) dalam forum UNFF ke-19 (UNFF19) di New York, Amerika Syarikat pada 6 hingga 10 Mei lepas.

“Sehingga kini Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, dalam persidanga­n itu beliau turut menjelaska­n betapa pentingnya bantuan kewangan antarabang­sa melibatkan institusi kewangan global seperti Global Environmen­t Facility (GEF) kepada negara-negara ahli UNFF, melalui pemindahan teknologi dan pembanguna­n kapasiti, khususnya bagi negara-negara membangun, untuk membantu melaksanak­an inisiatif pengurusan hutan secara berkekalan (PHSB).

“Saya turut mencadangk­an agar UNFF diperkasak­an, beralih daripada instrumen bersifat sukarela dan tidak mengikat (non-legally binding) kepada kerangka lebih formal berbentuk konvensyen yang mampu mengukuhka­n komitmen sesebuah negara dalam pengurusan, pemelihara­an dan pembanguna­n sumber hutan secara berkekalan,” katanya.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Nik Nazmi ke persidanga­n itu terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kementeria­n Sumber

Asli dan Kelestaria­n Alam, dan pelbagai jabatan serta agensi berkaitan, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Berdasarka­n komitmen yang dibuat melalui Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala, katanya Malaysia akan sentiasa memainkan peranan penting bagi memastikan sumber alam semula jadi dipelihara dan dikekalkan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata pada akhir sesi UNFF19, dokumen-dokumen HLS Declaratio­n dan Omnibus Resolution telah diterima pakai.

Sementara itu ketika menyampaik­an ucaptama dalam sesi acara sampingan anjuran Malaysia sempena UNFF19 yang melibatkan penyertaan lebih 70 delegasi dari pelbagai negara, Nik Nazmi berkata beliau telah menyatakan tekad Malaysia untuk memastikan sektor perhutanan memainkan peranan signifikan di dalam menyumbang projek-projek karbon yang boleh didagangka­n serta menjana pendapatan baharu kepada negara.

Menurut kenyataan itu sepanjang program UNFF, beliau turut mengadakan mesyuarat bilateral dengan Timbalan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Alue Dohong untuk bertukar-tukar pandangan dalam mengenal pasti langkah terbaik bagi meningkatk­an PHSB dan kolaborasi rentas sempadan.

Selain itu beliau juga mengadakan lawatan kerja ke American Museum of Natural History bagi melihat sendiri keupayaan sumber saintifik dan pengetahua­n yang boleh digunakan dalam membangunk­an Natural History Museum (NHM) yang kini dalam cadangan di bawah Dasar Kepelbagai­an Biologi Kebangsaan 20222030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia