Utusan Borneo (Sarawak)

PRK KKB: Pengundi kembar terkejut jumpa dua Pang

-

Keterujaan satu pasangan kembar untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming pagi semalam, tambah melonjak apabila tanpa disangka mereka dapat bertemu dengan satu lagi pasangan kembar di pusat mengundi berkenaan, yakni calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao sendiri bersama kembarnya Pang Sock Ying.

Chan Sher Er dan kembarnya Chan Sher Ni, 25, yang baru selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) jam 8.30 pagi, jelas tidak menyangka akan dapat bertemu calon PH itu bersama kembarnya.

Pang, 31, yang ditemani kembarnya itu berada di pusat mengundi sekolah berkenaan bagi meninjau perjalanan proses pengundian, dan kesempatan itu dimanfaatk­an kedua-dua pasangan kembar berkenaan untuk bergambar sebagai kenangan.

“Ini kali kedua kami mengundi dan saya juga agak terkejut kerana rupa-rupanya salah seorang calon yang bertanding juga kembar macam kami, kami agak teruja,“kata Sher Ni kepada pemberita ketika ditemui di pusat pengundian itu.

Sementara itu seorang lagi pengundi Yap Yu Heng, 19, yang pertama kali terlibat dalam proses demokrasi itu berkata beliau amat bersemanga­t melaksanak­an tanggungja­wabnya dengan hadir ke pusat pengundian SJKC Khing Ming seawal jam 7.30 pagi.

“Saya agak teruja kerana pertama kali (mengundi), dan berharap pengundi serta mereka yang sebaya dengan saya keluar awal untuk mengundi...jangan tidur, kita takut petang nanti hujan, nanti terlepas peluang mengundi, rugilah,” katanya.

Sementara itu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memaklumka­n setakat jam 10 pagi semalam 18.05 peratus pemilih telah pun menunaikan tanggungja­wab mengundi pada PRK berkenaan.

Sebanyak 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran bagi PRK itu dibuka serentak pada jam 8 pagi semalam dan ia akan ditutup pada 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada 2 petang semalam.

PRK KKB menyaksika­n pertanding­an empat penjuru membabitka­n Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandang­nya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Proses pengundian semalam melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungja­wab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PASANGAN KEMBAR: Pang Sock Tao (dua kanan) bersama kembarnya Pang Sock Ying (kanan) bergambar kenangan bersama pengundi kembar Chan Sher Ni (dua kiri) dan Chan Sher Er (kiri) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, di Hulu Selangor, semalam.
— Gambar Bernama PASANGAN KEMBAR: Pang Sock Tao (dua kanan) bersama kembarnya Pang Sock Ying (kanan) bergambar kenangan bersama pengundi kembar Chan Sher Ni (dua kiri) dan Chan Sher Er (kiri) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, di Hulu Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia