Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sambut baik resolusi, akan terus sokong Palestin jadi anggota penuh PBB

-

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamata­n PBB menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai anggota penuh PBB, setelah permohonan itu digagalkan oleh satu undi veto pada bulan lepas.

Resolusi yang diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas

Ke-10diPerhim­punanAgong PBB pada 10 Mei tahun ini telah disokong oleh 143 negara, sembilan menentang dan 25 berkecuali.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan semalamber­katasokong­anmelebihi dua pertiga negara anggota PBB dalam menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri dan hak untuk negara Palestin yang berdaulat, mencermink­an komitmen masyarakat antarabang­sa yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah.

“Resolusi ini juga memberikan hak dan keistimewa­an kepada Palestin untuk menyertai secara penuh sesisesidi PBB,” katanya.

Ia berkata Malaysia telah menyokong dan menaja bersama resolusi ini, bersama-sama dengan 76 negara anggota PBB yang lain.

Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarka­n sepadan pra-1967 dengan Baitulmuqa­ddis Timur sebagai ibu negara serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB, katanya.

Terdahulu Agensi Anadolu melaporkan resolusi itu yang diterajui Emiriah Arab Bersatu (UAE) (bagi pihak Kumpulan

Arab) pada Jumaat diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali, lapor Agensi Anadolu.

Ditaja bersama Turkiye dan hampir 80 negara anggota, resolusi itu menzahirka­n “kekesalan dan kebimbanga­n” terhadap veto dari Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamata­n PBB pada 18 April lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia