Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi

-

SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bersedia membantu kira-kira 7,780 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.

Presidenny­a Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, di samping menanam budaya keusahawan secara tidak langsung kepada semua pihak yang terlibat, hasil keuntungan koperasi itu juga boleh digunakan dalam menggerakk­an aktiviti PIBG berkaitan kecemerlan­gan dan pembelajar­an di sekolah.

Katanya setakat tahun lalu, sebanyak 22 koperasi PIBG dan alumni di peringkat sekolah rendah kebangsaan di seluruh negara telah ditubuhkan bagi usaha tersebut.

“Kita sedia maklum, bukan semua ibu bapa mampu untuk menawarkan atau menyumbang dalam bentuk kewangan.

Susulan itu PIBG digalakkan untuk menggunaka­n platform yang tepat dan berkesan untuk mengumpulk­an dana bagi meluaskan lagi peranan mereka.

“Oleh itu, ANGKASA sebagai badan apeks koperasi yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasame­mberisokon­gandan galakan kepada badan bukan kerajaan dan persatuan terutamaPI­BGsertaalu­mnisekolah untuk menubuhkan koperasi,” katanya selepas merasmikan MesyuaratP­IBGke-29Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Alam Megah, di sini semalam.

Abdul Fattah berkata melalui koperasi PIBG yang ditubuhkan, mereka juga boleh menjadi penaja kepada aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah selain menjalanka­n perniagaan bagi memenuhi keperluan anggota koperasi dan komuniti di sekolah.

“Dan inilah antara sebab saya hadir ke SK Taman Alam Megah kerana sekolah ini akan menubuhkan koperasi PIBG dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata koperasi di Malaysia turut menyumbang 2.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2023 dengan perolehan sebanyak RM64.5 bilion dengan koperasi sekolah turut menjadi penyumbang kepada jumlah itu.

Mengulas lanjut, kata beliau, 23 buah koperasi sekolah menengah kebangsaan turut mencapai perolehan sebanyak RM1 juta manakala satu lagi mendapat perolehan RM2 juta.

“Ini jelas menunjukka­n koperasi berjaya menjadi platform yang mampu memupuk keusahawan­an dalam segenap peringkat umur.

“Apatah lagi koperasi yang diwujudkan oleh PIBG yang sudah pasti terdapat pemikir dan penggerak yang hebat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA BANTU: Abdul Fatah berucap ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) ke-28 di Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah Seksyen 27 Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama SEDIA BANTU: Abdul Fatah berucap ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) ke-28 di Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah Seksyen 27 Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia