Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki British didakwa dalangi pembakaran untuk kepentinga­n Rusia

-

LONDON: Seorang lelaki British berusia 20 tahun telah didakwa pada bulan lepas sebagai mendalangi satu rancangan pembakaran dengan sengaja terhadap sebuah sasaran berkaitan Ukraine untuk Rusia, akan berdepan perbicaraa­n pada Jun 2025, menurut seorang hakim kelmarin.

Dylan Earl telah dituduh sebagai menyasarka­n beberapa perniagaan “dikaitkan dengan Ukraine” yang “memberikan faedah kepada negara Rusia”, menurut Nick Price, ketua bagi divisyen menangani keganasan dan jenayah khas untuk Crown Prosecutio­n Service.

Kes telah membawa kerajaan UK untuk menyeru bagi satu “penamat segera” bagi “aktiviti jahat yang dilakukan oleh Rusia” di negaranya.

Kementeria­n luar negara kemudian mengarahka­n duta Rusia ke London Andrey Kelin, yang menafikan dakwaan sebagai “tidak masuk akal” dan “tidak berasas”, menurut satu kenyataan yang dhantar kepada agensi berita milik negara TASS.

Hadir di Mahkamah Jenayah

Pusat Old Bailey di London pada Jumaat, Earl bercakap hanya untuk mengesahka­n identiti dan usianya.

Dia menghadiri perbicaraa­n menerusi sidang video dari penjara kawalan maksimum Belmarsh di tenggara London, di mana dia telah ditahan reman.

Empat orang lelaki lain turut dituduh berhubung dengan kes tersebut, namun bagi tuduhan yang lebih ringan.

Hakim menetapkan permulaan bagi perbicaraa­n mereka pada awal Jun 2025.

Earl dituduh sebagai merancang dan membayar bagi satu serangan pembakaran secara sengaja yang besar pada Mac ke atas dua unit di sebuah estet perindustr­ian di Leyton, timur London, dimiliki oleh satu pasangan Ukraine yang tinggal di bandar utama British.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa Earl telah dikaitkan dengan kumpulan separa tentera Wagner di Rusia, yang berada dalam senarai bagi kumpulan “pengganas” yang diharamkan di Britain.

Pendakwaan terhadap lima orang lelaki telah dilancarka­n di bawah Akta Keselamata­n Negara 2023 yang baharu, yang bertujuan untuk memperkuku­hkan pertahanan UK terhadap “aktiviti permusuhan” menyasarka­n demokrasi san ekonominya.

Pada awal minggu ini menteri dalam negeri James Cleverly mengecam apa yang beliau katakan sebagai aktiviti “jahat” ddan beberapa langkah untuk menghalang mereka.

Seorang atase pertahanan Rusia akan dihalau kerana menjadi “seorang pegawai perisikan tentera yang tidak diiktirafk­an” ketika UK akan turut menarik balik status diplomatik bagi beberapa bangunan milik Rusia, disyaki sebagai telah digunakan “bagi tujuan perisikan”.

Menurut kepada The Times, ini termasuk sebuah rumah mewah abad ke 19 di selatan England yang telah dikatakan telah digunakan oleh perisikan tentera Rusia selma beberapa tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia