Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Paris bertarung nyawa selepas tembakan di balai polis

- — AFP

Salah seorang dari dua orang anggota polis ditembak dan mengalami kecederaan serius di sebuah balai polis di Paris sedang bertarung nyawa pada Jumaat, menurut ketua polis di ibu negara Perancis.

Pada malam Khamis, seorang lelaki ditahan kerana dikatakan menyerang seorang wanita dengan satu alat pemotong kotak mengakibat­kan kecederaan serius kepada dua anggota polis di daerah ke 13 di bandar utama Perancis selepas merampas salah satu dari senjata mereka.

Kejadian tembakan di balai polis di Perancis adalah sangat jarang berlaku.

“Nyawanya masih dalam bahaya,” pengawas polis Paris Laurent Nunez memberitah­u badan penyiaran France Info.

Nunez menyatakan anggota polis telah memberikan respons kepada satu “serangan yang sangat kejam” terhadap seorang wanita yang mengalami kecederaan serius.

“Lelaki itu jelas sekali sangat gelisah,” kata Nunez

Anggota polis telah membawa dia ke balai polis dan mengarahka­n dia untuk meniup udara ke dalam alat pemeriksa pernafasan ketika penyerang itu merampas salah satu dari senjata tersebut, menurut Nunez.

Pejabat pendakwa raya menyatakan tiga siasatan telah dilancarka­n termasuk “cubaan membunuh seorang wanita” dan “cubaan membunuh orang yang memegang otoriti awam.”

Nunez idak memberikan sebarang maklumat mengenai penyerang.

Pihak polis tidak mengetahui sama ada lelaki itu mengenali wanita yang dia telah serang, sambil menambah bahawa anggota polis dipanggil ke tempat kejadian terpaksa memecahkan pintu flat tersebut, kata beliau.

Suspek telah tercedera akibat tembakan balas dan dimasukkan ke hospital. Nyawanya tidak berada dalam bahaya, menurut pihak pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia