Utusan Borneo (Sarawak)

Dua terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan

- — AFP

BEIRUT: Media negara Lubnan menyatakan satu serangan Israel di selatan Lubnan kelmarin telah membunuh seorang responden pertama dari sebuah kumpulan penyelamat yang bergabung dengan sebuah pergerakan bersekutu dengan Hizbullah dan seorang juruteknik telekom yang melakukan tugastugas penyelengg­araan.

Israel dan Hizbullah yang disokong oleh Iran di Lubnan, sekutu Hamas, telah saling berbalas serangan merentasi sempadan hampir setiap hari selepas serangan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin di selatan Israel tang mencetuska­n peperangan di Gaza.

Seorang anggota penyelamat dari pertubuhan Risala Scout dan seorang juruteknik dari Power Tec, yang melakukan kerja penyelengg­araan bagi syarikat pembekal perkhidmat­an telefon persendiri­an MTC Touch, telah terkorban “akibat dari penindasan Israel ke atas Tayr Harfa,” menurut Agensi Berita Negara Lubnan.

Beberapa orang pekerja dari MTC Touch dan syarikat telekom Ogero sedang melakukan “kerja penyelengg­araan terhadap tiangtiang transmisi”, menurut NNA, sambil menambah mereka telah mendapat kebenaran dari misi tentera pengaman PBB d Lubnan atau UNIFIL.

Pertubuhan Risala Scout yang bergabung dengan pergerakan Amal, yang menguruska­n pasukan penyelamat di selatan Lubnan, menyatakan anggota penyelamat telah terkorban ketika pasukannya pergi ke satu lokasi yang berdepan dengan serangan Israel.

“Serangan kedua muncul segera, dan salah seorang dari pemuda telah syahid,” satu sumber dari pertubuhan memberitah­u AFP.

Satu sumber dalam MTC Touch menyatakan serangan menyerang satu pasukan yang telah melakukan kerjakerja penyelengg­araan di Tayr Haifa.

“Kami terputus komunikasi dengan mereka disebabkan stesen telah diserang,” sumber memberitah­u AFP, meminta namanya dirahsiaka­n kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media.

“Terdapat orang dari pasukan kami dan dari syarikat lain yang melakukan kerja-kerja penyelengg­araan untuk kami, dan terdapat juga paramedik,” tambah sumber tersebut.

Sekurang-kurangnya 402 orang telah terkorban di Lubnan sepanjang keganasan merentasi sempadan selama tujuh bulan, kebanyakan militan namun juga termasyk 79 orang warga awam, menurut kepada satu kiraan AFP.

Israel menyatakan 14 orang anggota tentera dan sembilan orang warga awam telah terkorban di bahagian tepi sempadan . Tiga orang dari anggota tentera telah terkorban pada minggu ini, salah seorang dari mereka pada Rabu.

Berpuluh ribu orang telah tiada tempat tinggal bagi kedua-dua pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia