Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 60 penumpang cedera, nahas kereta api di Buenos Aires

Penumpang sifatkan satu keajaiban mereka masih lagi hidup susulan impak kemalangan yang sangat kuat

-

BUENOS AIRES: Sebuah kereta api penumpang merempuh ke arah sebuah kereta penyelengg­araan di Buenos Aires pada Jumaat, menyebabka­n hampir 60 orang dimasukkan ke hospital di bandar utama Argentina, termasuk dua dalam keadaan serius dengan kecederaan kepala, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan berlaku sekitar jam 10:30 pagi waktu tempatan di subbandar Palermo, ketika kereta api penumpang yang mempunyai tujuh gerabak bertembung dengan sebuah kereta api penyelengg­araan di atas landasan di jejambat kereta api.

“Lokomotif dan gerabak penumpang pertama telah tergelinci­r dari landasan,” menurut syarikat perkhidmat­an kereta api milik negara Trenes Argentinos (TA) dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kecemasan melaporkan 30 orang telah dibawa ke beberapa buah hospital selepas kemalangan itu, namun pegawai kesihatan bandar mengemas kini jumlah itu kepada 57 orang pada lewat hari tersebut.

Dua orang mangsa dengan kecederaan serius mengalami trauma di kepala dan telah dibawa dengan helikopter ke hospital, kata pegawai perkhidmat­an kecemasan Alberto Crescenti.

Majoriti dari mangsa lain telah dibenarkan keluar hospital pada petang Jumaat, jelas beliau.

Gambar di dalam berita menunjukka­n sebuah gerabak kereta api yang terbuka pada satu bahagian hujung dan miring pada gegalang besi di jambatan landasan kereta api. Ia masih belum jelas sekiranya ia adalah gerabak dari kereta api penumpang atau penyelengg­araan.

Impak “adalah sangat kuat,” seorang penumpang dalam gerabak terakhir memberitah­u rangkaian berita TN. “Seorang telah tercampak ke arah pintu, ramai orang yang tercampak ke atas tanah.”

“Ia merupakan satu keajaiban bahawa kami masih lagi hidup,” tangis seorang penumpang lain, ketika dia bersandar pada tingkap untuk merakamkan kejadian kemalangan dalam imej yang disiarkan melalui beberapa buah stesen.

Menteri Pengangkut­an Franco Mogetta menyatakan terdapat “beberapa hipotesis” mengenai apa yang berlaku, termasuk sama ada sesuatu telah bertukar buruk dengan sistem penggunaan isyarat.

Dia menyebut aduan mengenai “kecurian kabel” di sebalik satu peningkata­n mendadak dalam pencurian kabel kuprum dan benda lain yang diperbuat daripada besi, di sebuah negara di mana inflasi dari tahun ke tahun berada pada hampir 290 peratus dan 42 peratus dari populasi yang hidup dalam kemiskinan.

Ketua bagi kesatuan pemandu kereta api, Omar Maturano, mengecam “pentakrifa­n” untuk Trenes Argentinos di bawah pemotongan bajet oleh Presiden Javier Milei.

“Terdapat kecurian kabel bagi isyarat. Kami telah meminta bagi pembaikan selama 10 hari, namun terdapat tiada alat ganti untuk pemberian isyarat, atau untuk kereta api. Kami telah diberitahu bahawa terdapat tiada bajet.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia