Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang wanita tercedera terkena roket ditembak dari Gaza

-

Tentera Israel menyatakan lebih dari 12 biji roket telah ditembak dari Gaza ke Israel pada Jumaat, termasuk satu yang telah megenai sebuah kawasan berpendudu­k di Beersheba, di mana seorang wanita telah tercedera.

Dalam satu kenyataan, pihak tentera Israel menyatakan bahawa sembilan biji roket telah dilancarka­n dari kawasan Rafah, di selatan Semenanjun­g Gaza, dan lima orang lagi dari tengah wilayah Palestin.

Semua roket telah disasarkan ke arah Beersheba, bandar terbesar di selatan Israel, menandakan kali pertama sejak Disember di mana siren telah dibunyikan di kawasan memberikan amaran bagi roket yang bakal datang.

Tiada satu pun dari roket yang dihalang, pihak tentera memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa semua kecuali satu yang jatuh di kawasan terbuka.

“Salah satu dari roket ini jatuh di bandar Beersheba,” menurut pihak tentera.

Seorang wanita berusia 37 tahun telah tercedera akibat serpihan dari roket, yang terkena sebuah taman, perkhidmat­an perubatan kecemasan Magen David Adom di Israel berkata dalam satu kenyataan.

Beliau telah terkena di bahagian kaki, namun dalah keadaan “sedar sepenuhnya dan dalam keadaan ringan,” jelasnya, sambil menambah bahawa dia telah dibawa ke hospital.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam, menyatakan ia telah melakukan serangan roket dalam satu kenyataan yang dihantar melalui Telegram.

Perang Gaza bermula dengan serangan Hamas tidak dijangkaka­n pada 7 Oktober terhadap Israel, yang mengakibat­kan kematian bagi lebih dari 1,170 orang, kebanyakan adalah warga awam, menurut kepada satu catatan AFP bagi jumlah rasmi Israel.

Serangan balas Israel telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 34,943 orang di Gaza, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, menurut kementeria­n kesihatan di wilayah yang diuruskan oleh Hamas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia