Utusan Borneo (Sarawak)

Endrick dinamakan dalam skuad Brazil

Dorival bagaimanap­un mengetepik­an Neymar untuk aksi Copa Amerika 2024

-

RIO DE JANEIRO: Pemain bintang remaja, Endrick dinamakan dalam skuad brazil untuk Copa Amerika oleh jurulatih Dorival Junior tetapi tiada tempat diberikan untuk Neymar, yang telah diketepika­n sejak mengalami kecederaan lutut yang serius semasa menjalanka­n tugasan antarabang­sa pada Oktober.

Pemain penyerang Real Madrid, Vinicius Junior dan Rodrygo kedua-duanya disertakan dalam skuad, dengan pemain penyerang FC Porto Evanilson menjadi satu-satunya nama baharu untuk kejohanan 20 Jun-14 Julai yang akan diadakan di Amerika Syarikat.

Nama-nama yang telah diketepika­n ialah pemain tengah Manchester United, Casemiro dan pemain pertahanan veteran Thiago Silva, yang akan meninggalk­an Chelsea untuk kelab kampung halaman, Fluminense pada penghujung musim.

Bersama Endrick yang berusia 17 tahun, yang akan menyertai Real Madrid dari Palmeiras pada Julai, Dorival juga memilih penyerang

Girona, Savio dan rakan sepasukann­ya Yan Couto.

Dorival, 62, baru mengambil alih pada awal tahun daripada jurulatih sementara Fernando Diniz, namun dia yakin pemain akan cepat menyesuaik­an diri dengan gaya kejurulati­hannya.

“Kami akan menghadapi

pertanding­an yang memerlukan banyak masa bersama. Pasukan ini akan diletakkan dalam keadaan yang membolehka­n kami mencapai semua jangkaan kami,” kata Dorival.

“Saya harap tindak balas ini akan dipamerkan di atas padang. Akan ada banyak kerja untuk keseimbang­an pasukan

dan demi prestasi terbaik.”

Brazil, yang tewas pada final Copa America 2021 di laman sendiri kepada musuh ketat Argentina, akan menentang Colombia, Paraguay dan Costa Rica dalam Kumpulan D.

Mereka akan menentang Mexico dan Amerika Syarikat dalam aksi persahabat­an

 ?? — Gambar AFP ?? MENYERLAH: Endrick diturunkan untuk beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan aksi Copa Libertador­es di antara Liverpool dan Palmeiras di Stadium Centenario di Montevideo.
— Gambar AFP MENYERLAH: Endrick diturunkan untuk beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan aksi Copa Libertador­es di antara Liverpool dan Palmeiras di Stadium Centenario di Montevideo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia