Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong Man City beri sokongan kepada Man Utd demi kejuaraan mereka

-

Pep Guardiola tidak akan meminta bantuan daripada Manchester United hujung minggu ini ketika pengurus Manchester City itu cuba membenam Arsenal yang “luar biasa” dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Pengurus City, Guardiola membawa pasukannya bertandang ke Fulham pada hari Sabtu dengan sedar akan hakikat bahawa kemenangan akan mengangkat mereka dua mata di hadapan pendahulu Arsenal.

Tetapi The Gunners akan merampas semula kedudukan teratas jika mereka menang di Manchester United pada hujung minggu, menyebabka­n penyokong City kini menyokong kelab saingan tempatan mereka.

Ditanya sama ada dia akan bersorak untuk United apabila Arsenal melawat Old Trafford, Guardiola menegaskan bahawa satu-satunya perkara yang dia fikirkan sekarang adalah untuk meraih tiga mata semasa lawatan ke Craven Cottage.

“Saya peminat City, cuba tewaskan Fulham, ini sahaja yang saya risaukan,” kata Guardiola kepada pemberita kelmarin.

City sedang mengejar kejuaraan Liga Perdana keempat berturut-turut, rekod yang tidak pernah dilakar sebelum ini dan akan menjulang trofi itu jika mereka memenangi tiga perlawanan terakhir menentang Fulham, Tottenham dan West Ham.

Tetapi musim ini, mereka telah diasak oleh Arsenal dalam saingan yang mengingatk­an Guardiola tentang perebutan gelaran liga pasukannya dengan Liverpool musim lepas.

Sudah dua kali anak buah Jurgen Klopp menamatkan saingan sebagai naib juara kepada City dan menjadi satu-satunya pasukan yang menghalang mereka daripada memenangi gelaran liga dalam enam musim terakhir pada 2020.

Guardiola meletakkan Arsenal pada paras yang sama dengan Liverpool dari segi kualiti tentangan yang diberikan kepada City sepanjang pemerintah­annya di Etihad.

“Tahap yang sama seperti Liverpool pada tahun-tahun lepas. Kedua-dua pasukan luar biasa dan telah bermain dengan luar biasa,” katanya.

Jika City mahu menamatkan musim ini sebagai juara sekali lagi, mereka memerlukan tiga lagi persembaha­n berpengaru­h daripada Rodri, pemain tengah Sepanyol yang tidak mendapat pencalonan dalam anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Tahunan pada minggu ini.

Guardiola memuji sumbangan Rodri tetapi enggan mengecam keputusan mengabaika­nnya daripada anugerah itu.

“Calon-calon layak. Pemenang trofi layak, senarainya besar jadi semua calon itu penting,” katanya.

“Rodri tahu pandangan kami tentang kepentinga­nnya dan dia pemain yang luar biasa. Dia tidak sepatutnya bimbang tentang itu.”

Pemain penyerang City, Erling Haaland dicap sebagai “anak manja” oleh bekas kapten Manchester United, Roy Keane kerana menunjukka­n reaksi kecewa apabila digantikan selepas menjaringk­an empat gol dalam kekalahan 5-1 ke atas Wolves hujung minggu lalu.

Tetapi Guardiola menegaskan tidak ada yang salah dengan sikap Haaland.

“Dia suka menjaringk­an gol, seperti semua penyerang,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia