Utusan Borneo (Sarawak)

Kepala Djokovic terkena botol air plastik ketika berjalan meninggalk­an gelanggang

-

Novak Djokovic kesakitan selepas botol air plastik keras jatuh di atas kepalanya ketika dia meninggalk­an gelanggang berikutan kemenangan 6-3, 6-1 ke atas pemain Perancis, Corentin Moutet pada Terbuka Rom yang membawanya ke pusingan ketiga kelmarin.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic mengerang kesakitan di atas lantai apabila botol terkena belakang kepalanya ketika dia menandatan­gani autograf untuk peminat semasa dia keluar dari gelanggang tengah di Foro Italico.

Djokovic kemudian dipimpin dari arena oleh kakitangan keselamata­n yang melindungi pemenang Grand Slam 24 kali itu.

Dalam video insiden yang diterbitka­n oleh media Itali, masih tidak jelas sama ada botol keras itu dijatuhkan secara sengaja dari tempat

duduk atau jatuh secara tidak sengaja ke kepala Djokovic.

Penganjur kejohanan tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatka­n maklumat terkini mengenai keadaan Djokovic, tetapi sekiranya keadaannya baikbaik saja dia akan menentang

pemain Chile, Alejandro Tabilo ketika pemain Serbia itu memanaskan badan menjelang Terbuka Perancis dengan peluang besar untuk menambah gelarannya di Foro Italico, di mana hanya Rafael Nadal telah memenangi lebih banyak daripadany­a, 10 kali.

Pilihan utama itu, yang berusia 37 tahun beberapa hari sebelum Roland Garros bermula akhir bulan ini, menang mudah dalam perlawanan pertamanya sejak tewas kepada Casper Ruud pada separuh akhir di Monte Carlo Masters.

Djokovic tidak merahsiaka­nnya bahawa dia suka bermain di Itali dan dengan nama-nama besar sama ada cedera atau bergelut, dia membayangk­an peluangnya untuk menjulang mahkota Masters 1000 ke-41.

Kejohanan Rom, yang berlangsun­g sehingga 19 Mei, kehilangan dua bintang terbesarny­a apabila pemain nombor dua dunia Itali, Jannik Sinner dan pemain ranking ketiga Carlos Alcaraz, kedua-duanya menarik diri daripada kategori lelaki sebelum permulaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERPINGA-PINGA: Djokovic beraksi menentang Moutet pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP TERPINGA-PINGA: Djokovic beraksi menentang Moutet pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia