Utusan Borneo (Sarawak)

Ten Hag yakin pengerusi Man Utd akan menyebelah­inya mengenai kariernya

- — AFP

Erik ten Hag yakin bahawa “akal yang waras” akan menyebelah­inya apabila pengerusi-pengerusi Manchester United mempertimb­angkan masa depannya berikutan musim buruk yang dihadapi kelab juara Inggeris 20 kali itu.

Red Devils yang diselubung­i kecederaan mengalami kekalahan rekod kelab, sebanyak 13 kali dalam satu musim Liga Perdana pada Isnin, tewas 0-4 di Crystal Palace.

Kelab itu merosot ke tempat kelapan dalam carta liga menjelang pertembung­an menggerunk­an pada hujung minggu ini menentang Arsenal yang mengejar gelaran liga, kemudian mempunyai dua perlawanan liga lagi sebelum perhatian beralih kepada perlawanan akhir Piala FA.

Pertemuan pada 25 Mei dengan Manchester City menawarkan peluang untuk menamatkan musim yang buruk dengan cemerlang, tetapi kejayaan Piala FA pada 2016 tidak memadai untuk menyelamat­kan jawatan rakan senegarany­a, Louis van Gaal.

Ditanya sama ada dia bimbang dia boleh dipecat walaupun dia memenangi Piala FA, Ten Hag berkata: “Tidak, saya rasa mereka mempunyai akal yang waras.

“Mereka melihat apabila

kami mempunyai 32 barisan belakang yang berbeza, apabila kami kehilangan lapan pemain pertahanan tengah, mereka melihat kami menggunaka­n 13 perkongsia­n di bahagian tengah.

“Apabila mereka melihat kami tidak mempunyai pemain pertahahan di sayap kiri, apabila kami mengalami banyak kecederaan, mereka tahu ia akan memberi kesan negatif kepada keputusan.”

Jurulatih dari Belanda itu berkata United “masih berjuang” dan perlawanan akhir Piala FA masih boleh menjadi kemuncak musim ini, walaupun City akan menjadi pasukan pilihan ramai untuk menang di Wembley.

“Sudah tentu kami tidak gembira, tetapi kami tahu akan sebab kami kurang

berprestas­i dalam carta liga sekarang dan ia kerana kecederaan,” katanya.

“Saya seorang yang realistik dan saya membuat analisis dan mendapati tiada pasukan akan beraksi dengan baik apabila mereka mengalami banyak kecederaan di bahagian penting.”

Pemilik bersama United yang baharu, Jim Ratcliffe telah membuat perubahan besar pada pengurusan kelab sejak tiba di Old Trafford awal tahun ini tetapi belum ada keputusan rasmi tentang masa depan Ten Hag.

Ten Hag mengenepik­an cadangan bahawa Ratcliffe dan kumpulan INEOSnya perlu membuat pengesahan secara terbuka bahawa sama ada jurulatih itu akan meneruskan kepimpinan­nya musim depan, dengan mengatakan ia “soalan yang perlu kamu kemukakan kepada pemilik, bukan kepada saya”.

Marcus Rashford, Scott McTominay dan Bruno Fernandes telah kembali menjalani latihan menjelang pertembung­an Arsenal, tetapi Mason Mount dan Luke Shaw masih berhadapan dengan halangan.

Ditanya sama ada siapakah yang sudah pasti tidak dapat bermain pada perlawanan akhir Piala FA, dia berkata: “Tidak pasti buat masa ini, tetapi ada beberapa keraguan.

“Kami ada beberapa pemain yang benar-benar berjuang untuk bermain dan itu sangat menakjubka­n. Mereka semua mencuba, mereka semua terdesak untuk bermain.

“Semalam, Licha (Lisandro Martinez) datang kepada saya dan dia mahu bermain pada hari Ahad menentang Arsenal, tetapi dia masih belum bersedia. Dia memerlukan sedikit masa lagi untuk menjalani proses pemulihan.

“Tetapi dia sangat terdesak dan ada lagi, Rapha Varane, Victor Lindelof.

“Luke Shaw juga mengalami masalah dalam pemulihany­a, tetapi masih ada harapan dan dia akan berjuang untuk hadir di final.”

 ?? ?? TEN HAG
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia