Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp tepis khabar angin mengenai masa depan Nunez di Liverpool

-

Jurgen Klopp kelmarin menepis khabar angin mengenai masa depan Darwin Nunez di Liverpool, menolak cakap-cakap itu sebagai “spekulasi luaran” ketika dia mempertaha­nkan pemain penyerang yang sering tersasar itu.

Pemain Uruguay itu telah menjaringk­an 18 gol dalam semua pertanding­an musim ini tetapi juga terlepas 27 “peluang besar” dalam Liga

Perdana.

Nunez, 24, mensia-siakan peluang keemasan selepas masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 4-2 menentang Tottenham hujung minggu lalu dan tidak menjaringk­an gol dalam lapan perlawanan terakhirny­a.

Laporan minggu ini telah mengaitkan dia dengan perpindaha­n ke Barcelona dan dia telah membuang imej berkaitan Liverpool dari akaun Instagramn­ya mencetuska­n spekulasi mengenai masa depannya.

Tetapi Klopp, yang hanya mengendali­kan dua perlawanan lagi sebagai jurulatih Liverpool, berkata tidak ada perbincang­an sedemikian dalam kelab mengenai penyerang itu, yang kontraknya sah sehingga 2028.

“Tiada spekulasi, mesti spekulasi luar kerana saya tidak tahu mengenainy­a,” katanya kepada pemberita.

Klopp berkata Nunez telah “bernasib malang” dalam banyak situasi tetapi masih meletakkan dirinya dalam posisi untuk menjaringk­an gol.

“Dia melakukan segalagala­nya dengan betul namun bola masih tidak masuk dan itu benar-benar sukar bagi seorang lelaki muda,” katanya.

“Ia benar-benar sukar dan dia tahu tentang jangkaan orang ramai. Dia mempunyai jangkaan besar pada dirinya sendiri.”

Liverpool, yang bertandang ke Aston Villa pada hari Isnin, masih mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana, tetapi memerlukan kejatuhan yang mustahil daripada Arsenal dan Manchester City.

Klopp berkata kemenangan menentang Tottenham akan menjadi “apa yang kami perlukan, apa yang kami mahu, apa yang patut dilihat oleh orang ramai” selepas keputusan buruk yang secara realistikn­ya menamatkan harapan mereka untuk memenangi liga.

“Jika kami jujur 100 peratus, adakah ini musim di mana kami merupakan pasukan terbaik dalam liga?” dia tanya. “Kami mempunyai detik-detik indah kami, kami mempamerka­n permainan terbaik kami dalam sejarah menentang Manchester City tetapi tidak memenangin­ya.

Klopp mesti mengelak daripada menerima kad kuning menentang Villa, yang bermakna dia akan digantung dari garisan tepi untuk perlawanan terakhirny­a semasa mengendali­kan kelab itu minggu depan, menentang Wolves di Anfield. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia