Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe sah akan tinggalkan PSG

Penyerang itu tamatkan tempoh khidmat tujuh tahunnya di Ligue 1 Perancis, dijangka akan berhijrah ke Real Madrid

- — AFP

PARIS: Kylian Mbappe semalam mengesahka­n bahawa dia akan meninggalk­an juara Perancis Paris Saint-Germain (PSG) pada akhir musim ini, dengan Real Madrid dijangka menjadi destinasi dia yang seterusnya.

Pengumuman itu menamatkan perjalanan prolifik pemain itu dengan pasukan kampung halamannya, perjalanan yang bermula apabila dia menandatan­gani kontrak dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian yang bernilai 180 juta euro.

“Saya ingin mengumumka­n kepada anda semua bahawa ini ialah tahun terakhir saya di Paris Saint-Germain. Saya tidak akan melanjutka­nnya dan pengembara­an akan berakhir dalam beberapa minggu,” kata Mbappe, 25, dalam video yang disiarkan di media sosial.

“Saya akan bermain perlawanan terakhir saya di Parc des Princes pada hari Ahad.”

PSG sudah pun merangkul kejuaraan Ligue 1, yang ke10 kelabnya dalam 12 musim terakhir, dan kelab milik Qatar itu akan merangkul trofi itu selepas perlawanan Ahad menentang Toulouse, yang akan menjadi musim terakhir mereka di halaman

sendiri.

Skuad kendalian Luis Enrique tersingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Borussia Dortmund pada separuh akhir pada Selasa apabila tewas 0-1 pada perlawanan kedua di laman sendiri, sekaligus mengesahka­n kekalahan mengejut dengan agregat 0-2.

Ini bermakna Mbappe tidak berpeluang untuk pergi dalam cara yang dia harapkan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Wembley pada 1 Jun dan akan menamatkan tempoh

tujuh tahunnya di PSG tanpa pernah memenangi pertanding­an kelab elit Eropah.

Pada Februari, Mbappe memaklumka­n kepada PSG mengenai hasratnya untuk pergi apabila kontraknya tamat pada penghujung musim semasa.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu tidak pernah memberi pengesahan secara terbuka bahawa dia akan pergi, jauh sekali menyatakan ke mana dia akan pergi seterusnya, tetapi nampaknya dia pasti akan menyertai Real Madrid.

Media Sepanyol telah mendakwa bahawa Mbappe telah menandatan­gani perjanjian yang akan menyaksika­n dia menyertai juara Liga itu pada Julai apabila perjanjian­nya dengan PSG tamat.

“Ia beremosi, bertahun-tahun di mana saya mempunyai peluang dan penghormat­an besar untuk menjadi ahli kelab terbesar Perancis, salah satu yang terbaik di dunia,” kata Mbappe.

“Ia membolehka­n saya berada di sini, untuk memiliki pengalaman pertama saya dalam kelab dengan banyak tekanan, untuk berkembang sebagai pemain, dengan berada bersama beberapa pemain yang terbaik dalam sejarah, beberapa juara terhebat,” tambahnya.

“Ia sukar dan saya tidak pernah terfikir ia akan menjadi sesukar ini untuk mengumumka­nnya, tetapi saya fikir saya perlu juga, cabaran baharu, selepas tujuh tahun.”

Mbappe tiba ke ibu negara ketika dia masih remaja pada 2017, selepas dia membantu Monaco memenangi kejuaraan liga.

Selepas pada mulanya menyertai PSG secara pinjaman, yuran perpindaha­nnya menjadi yang kedua termahal dalam sejarah bola sepak.

Ia berlaku hanya beberapa minggu selepas PSG membayar yuran rekod dunia 222 juta euro untuk menandatan­gani Neymar dari Barcelona.

PSG telah mendominas­i bola sepak Perancis sejak pengambila­lihan Qatar pada 2011, tetapi walaupun turut menambah Lionel Messi dalam barisan pemain mereka selama dua musim, kejayaan Eropah masih tidak dapat dicapai oleh kelab yang telah membelanja­kan berbilion-bilion untuk beberapa pemain terbaik dunia.

Mbappe telah menjaringk­an 43 gol dalam semua pertanding­an musim ini, dengan 26 daripadany­a diperolehi dalam Ligue 1.

Dia masih berharap untuk menambah rekod kelabnya iaitu 255 gol untuk PSG dan memenangi satu lagi pingat dalam perlawanan akhir Piala

Perancis pada 25 Mei.

Mbappe telah memenangi enam kejuaraan Ligue 1, tiga Piala Perancis dan Piala Liga sebanyak dua kali dalam tujuh tahun bersamam pasukan kampung halamannya.

Selepas perlawanan Ahad ini, PSG akan melengkapk­an musim liga mereka dengan perlawanan di tempat lawan, di Nice dan di Metz, sebelum Mbappe menamatkan kariernya bersama kelab itu dalam perlawanan akhir Piala Perancis di Lille.

Mbappe tidak dimainkan pada awal musim ini apabila kelab menekannya untuk menandatan­gani perjanjian baharu atau bersetuju untuk dijual dan bukannya hanya menamatkan tahun terakhir kontraknya.

Hubunganny­a dengan jurulatih PSG, Luis Enrique juga menjadi tumpuan sejak dia memberitah­u kelab milik Qatar itu mengenai rancangann­ya untuk pergi awal tahun ini.

Kini rahsia paling besar sudah didedahkan dan pemergian Mbappe menyusuli pemergian Messi dan Neymar pada penghujung musim lalu, tetapi kehilangan kapten Perancis itu adalah tamparan yang lebih hebat.

Saya ingin mengumumka­n kepada anda semua bahawa ini ialah tahun terakhir saya di Paris Saint-Germain. Saya tidak akan melanjutka­nnya dan pengembara­an akan berakhir dalam beberapa minggu.

Kylian Mbappe Penyerang PSG

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT JALAN: Mbappe ketika membuat pengumuman video melalui akaun Instagramn­ya mengenai pemergiann­ya dari kelab PSG.
— Gambar AFP SELAMAT JALAN: Mbappe ketika membuat pengumuman video melalui akaun Instagramn­ya mengenai pemergiann­ya dari kelab PSG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia