SMK CHUNG HUA MIRI, SJK (C) CHUNG SAN JUARA LAGU PATRIOTIK

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page - Oleh Sudan Ajang

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C ) Chung San muncul juara dalam Pertandingan Koir Lagu Patriotik Antara Sekolah Miri yang berlangsung di Dewan Suarah Miri baru-baru ini.

Naib juara ialah SJK (C) Chung Hua Miri bagi kategori sekolah rendah manakala kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah (SM) Pei Min Middle School (naib johan), Kolej Tun Datu Tuaku Haji Bujang (ketiga) diikuti SMK Dato Permaisuri (keempat).

Sebanyak dua sekolah rendah dan empat sekolah menengah bertanding dalam pertandingan itu yang julung kali diadakan oleh Miri Orchestra & Choir Society (MOC) dan disokong oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Presiden MOC, Asriel Wong dalam ucapannya berkata, pertandingan itu bertujuan meningkat semangat nasionalisme dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

Beliau berharap, generasi muda dapat menghayati nilai-nilai patriotik dan lebih menyayangi negara.

Hadir sama Datuk Bandar Lawrence Lai.

PERTANDINGAN: Wong dan Lawrence (berdiri kiri dan dua kiri barisan hadapan) bergambar bersama kumpulan koir dari SMK Chung Hua Miri.

ALBUM: Kumpulan koir SJK (C) Chung San bergambar bersama Wong dan Lawrence (dua tiga dari kiri barisan depan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.