ITCC mampu transformasi Penampang ke arah lebih moden

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sabah -

PENAMPANG: Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa ( ITCC) Penampang mampu m e n t r a n s f o r m a s i k a n kemajuan negeri ini khususnya Penampang.

Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kementeriannya akan melihat bagaimana dapat memudahkan ITCC bagi mencapai visi pembangunan itu menjadi kebanggaan di peringkat antarabangsa.

“Katanya, ITCC adalah sebagai satu contoh inovasi yang dibangunkan di sini dan ketika pasaranminyakduniaturunpada masa kini, kita boleh melihat ia satu peluang sesuai untuk semua melahirkan produk yang inovasi bagi berhadapan dengan pebagai cabaran akan datang.

“Tahun ini adalah tahun mengkomersilkan barangan kita dan Yayasan Inovasi Malaysia dari kementerian ini telah melaksanakan Jejak Inovasi yang melibatkan pegawaipegawaisayaturunkekampungkampunguntukmelihatprodukprodukinovasi,”katanyakepada pemberita dalam satu lawatan ke Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC) di sini kelmarin.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 1700 produk inovasi telah dihasilkan oleh orang-orang kampung dan kebanyakan produk Sabah turut dikomersilkan. Usaha sedemikian akan diteruskan pada masa hadapan.

Katanya, kini MOSTI turut mewujudkan platform digital dalam bentuk laman web bagi memudahkan mereka yang ingin memperkenalkan produk inovasi mereka di lawan web berkenaan.

“Sekiranya hanya 10 ribu daripada keseluruhan jumlah rakyat Malaysia mengeluarkan produk inovasi, sudah pasti kita mampu mengatasi cabaran yang ada pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun berkata, ITCC mula dibangunkan pada empat tahun lalu yang mana pembinaanya termasuk empat komponen.

Antara komponen itu katanya, adalah pusat beli-belah, blok hotel, menara ruang pejabat dan pangsapuri.

“Fasa pertama iaitu pusat belibelah akan siap pada suku kedua tahun ini dan sijil pendudukan (OC) turut diterima pada suku tahun kedua.

“Fasa kedua terdiri daripada tiga blok iaitu 16 tingkat pejabat, 19 tingkat hotel dan 19 tingkat pangsapuri yang mana dijangka siap pada hujung tahun ini dan OC turut dijangka diperolehi pada ketika itu,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan projek pembinaan ITCC dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2016.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi Eksekutif Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, Pengarah Urusan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Datin Seri Panglima Sylvia Malakun dan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.