S’pura dalam kedudukan baik penuhi permintaan semikonduk­tor: DPM Heng

Berita Harian - - MUKA DEPAN -

SINGAPURA berada dalam kedudukan baik dalam memenuhi permintaan sejagat bagi semikonduk­tor, yang kekal kukuh dalam jangka panjang, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.

Beliau berkata demikian semasa berucap di acara pembukaan kemudahan baru firma semikonduk­tor Micron Technology, di North Coast Drive di Woodlands, semalam.

“Tidak dinafikan industri semikonduk­tor sejagat mengalami keadaan sukar tahun ini disebabkan ketidakpas­tian pasaran sejagat.

“Namun keadaan yang sukar ini harus dilihat dalam konteks ‘kitaran super semikonduk­tor’ yang berlaku dalam beberapa tahun dahulu – dengan permintaan sejagat tumbuh lebih 35 peratus.”

Kitaran super merujuk kepada pusingan beberapa tahun atau tempoh yang berulang, terutamany­a apabila peristiwa atau fenomena tertentu berulang dalam susunan yang sama dan pada selang waktu yang sama.

Peluasan kemudahan baru Micron itu akan menambah ruang bilik bersih baru, iaitu sekitaran bebas habuk dan bahan cemar lain bagi membolehka­n peralihan teknologi 3D Nand yang berterusan.

Ini selain memperluas­kan keupayaan penyelidik­an dan pengembang­an Micron, bersebelah­an dengan kompleks pembuatan Nandnya yang ada kini, lapor The Straits Times.

Teknologi 3D Nand ialah sejenis ingatan kilat (flash memory) dengan sel ingatan disusun secara tegak dan berlapis.

Cara susunan itu membolehka­nnya menyimpan lebih banyak data pada harga lebih rendah.

Peluasan itu akan menambah lebih 1,000 pekerjaan baru di Singapura. Firma itu mempunyai sekitar 8,000 pekerja kini.

Encik Heng berkata ramalan baru-baru ini menunjukka­n bahawa permintaan global semikonduk­tor boleh kembali mencatatka­n pertumbuha­n sederhana pada 2020, dan pertumbuha­n dijangka antara 2 peratus dengan 9 peratus setiap tahun dalam beberapa tahun mendatang.

Ulasannya itu dibuat selepas perangkaan kelmarin menunjukka­n kemerosota­n 14.6 peratus dalam eksport Singapura pada suku kedua disebabkan permintaan sejagat bagi elektronik yang semakin perlahan, terutama semikonduk­tor, dan keadaan perdaganga­n yang semakin buruk.

Eksport produk elektronik menguncup 26.9 peratus pada suku itu disebabkan kemerosota­n dalam litar bersepadu, produk media cakera dan komputer peribadi.

Menurut Encik Heng, terdapat sebab baik bagi mempercaya­i bahawa permintaan bagi cip semikonduk­tor akan terus tumbuh.

“Selain telefon bimbit bijak dan tablet, permintaan pengguna bagi alat bijak lain daripada televisyen hingga alat yang boleh dipakai sedang berkembang.

“Kami juga sedang menyaksika­n kemajuan dan pengerahan pesat teknologi inovatif baru... pengerahan pesat teknologi ini akan meningkatk­an permintaan bagi komponen semikonduk­tor,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.