Belajar semula di SP tingkat kemahiran pengangkut­an

Berita Harian - - MUKA DEPAN - NUR FATHIN AWALLUDIN [email protected]

MINAT yang mendalam terhadap segala apa yang berkaitan dengan pengangkut­an sudah tersemai dalam diri Encik Luqman Nur Hakim Rosman sejak beliau di bangku sekolah lagi.

Minat yang tersemai itu semakin membara semasa beliau mengikuti kursus Kejurutera­an Mekanikal di Politeknik Singapura (SP) setelah lulus dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dalam Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik pada 2009.

Namun, dek masalah kewangan keluarga yang dihadapi ketika itu, Encik Luqman terpaksa berhenti belajar di SP dan membantu keluargany­a.

Hampir sedekad kemudian, jejaka berusia 28 tahun itu kini, menjejakka­n kaki semula ke alma mater beliau dalam usahanya menggengga­m diploma, hasil tawaran dan peluang yang diberikan syarikat tempat beliau bertugas, SMRT Corporatio­n.

“Dari masa saya di SP, saya memang minat mempelajar­i tentang semua bahagian mekanikal dalam mana-mana pengangkut­an, tidak kira kapal terbang, kereta atau kereta api.

“Semasa NS (Perkhidmat­an Negara) pun saya banyak lakukan perkara sama sebab di SCDF (Pasukan Pertahanan Awam Singapura) kami gunakan banyak peralatan yang ada kena-mengena dengan pengangkut­an.

“Itu yang membuat saya ‘terpaut’ dengan apa jua yang berkaitan dengan pengangkut­an,” cerita Encik Luqman ketika ditemui di Depot Changi SMRT di Koh Sek Lim Road.

Pegawai teknikal itu menyertai SMRT pada 2017 selepas menyertai Kolej Latihan Pengangkut­an Udara “kerana selepas belajar tentang kapal terbang, saya nak belajar tentang kereta api pula”.

“Pada masa itu, ada banyak berita tentang SMRT jadi saya fikir mengapa tidak sahut cabaran ini. Jadi saya pun sertai mereka,” katanya.

Kurang setahun dalam pekerjaan tersebut, salah seorang pengurusny­a menawarkan peluang mengikuti Program Bekerja dan Belajar SkillsFutu­re di mana SMRT bekerjasam­a dengan SP untuk membangunk­an kepakaran kejurutera­an pekerjanya.

Encik Luqman merupakan salah seorang daripada 11 orang yang dipilih mengikuti program tersebut.

Ia merupakan program latihan 18 bulan di mana peserta menerima Sijil Tenaga Kerja Singapura dalam Kejurutera­an Sistem Gerak Cepat.

Berbekalka­n sijil yang beliau terima itu, Encik Luqman kini melanjutka­n pelajarann­ya selama setahun bagi meraih Diploma dalam Gerak Cepat dari SP.

Ia dibiayai majikannya.

“Ini merupakan peluang untuk kita belajar dan tingkatkan diri, untuk dapat diploma dan sijil SkillsFutu­re dan pada masa yang sama tetap menerima bayaran daripada syarikat,” ujarnya, yang masih bujang.

Menurut Encik Luqman, beliau akan terus ke SP bagi kelasnya yang bermula dari 6.30 petang hingga 10.45 malam sebaik sahaja selesai syif paginya pada 5 petang.

Ini dilakukan sekitar tiga kali seminggu. Ditanya adakah pengalaman belajar sambil bekerja sesuatu yang sukar atau penat baginya, dengan pantas beliau menjawab:

“Penat, mesti penat! Susah juga bagi saya sebab perlu belajar balik semua perkara selepas bertahun tak belajar, ia merupakan proses yang mencabar tapi kita harus tetap cekal.

“Lagipun penting untuk kita ikuti program sebegini... terutama bagi generasi saya.

“Apa tidaknya, orang semua nak pertingkat­kan diri, jadi kita generasi muda mesti turut belajar lebih agar dapat berikan khidmat lebih baik dan bermutu.”

PERTINGKAT­KAN DIRI: Pegawai Teknikal SMRT, Encik Luqman Nur Hakim Rosman, sedang berusaha meraih diploma dari Politeknik Singapura. Pengajiann­ya itu ditanggung penuh oleh majikannya sebagai sebahagian daripada Program Bekerja dan Belajar SkillsFutu­re yang beliau sertai. – Foto BH oleh ONG WEE JIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.