Presiden Halimah rai penganjur, peserta NDP

Berita Harian - - BERITA -

PRESIDEN Halimah Yacob telah menjadi tuan rumah bagi jamuan teh semalam untuk penganjur utama serta peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Jamuan teh yang diadakan di Istana itu bertujuan menghargai kerja keras dan dedikasi pasukan penganjur serta peserta.

Semasa berucap, Puan Halimah telah menyampaik­an penghargaa­nnya kepada semua yang terlibat dalam perancanga­n dan persembaha­n NDP.

“Menganjurk­an NDP bukan satu tugas yang mudah dan ia melibatkan 15,000 warga Singapura untuk bergabung dan bekerjasam­a sebagai satu pasukan untuk menyampaik­an sambutan terbesar buat negara kita,” kata beliau.

Puan Halimah turut memuji pasukan NDP kerana berjaya menganjurk­an NDP istimewa, sesuai dengan tema Bicentenni­al.

“Perbarisan dan majlis tahun ini membawa bersama individu daripada pelbagai latar belakang. Persembaha­n tahun ini amat bermakna.

“Kita semua tersentuh dengan kisah warga Singapura biasa yang mengatasi cabaran dan terus menyumbang lebih kepada orang di sekeliling mereka,” tambahnya.

TERIMA KASIH: Presiden Halimah beramah mesra dengan peserta dan penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. – Foto BH oleh KELVIN CHNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.