Pengunjung boleh guna kad ketibaan elektronik dalam ujian ICA

Berita Harian - - BERITA -

LEBIH ramai pengunjung Singapura akan dapat mengemukak­an kad ketibaan elektronik secara dalam talian atau menerusi telefon bimbit sehingga 14 hari sebelum mereka sampai di Singapura.

Ini merupakan sebahagian daripada percubaan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) yang diumumkann­ya semalam.

Dalam kenyataann­ya, ICA berkata ia akan melancarka­n versi beta e-perkhidmat­an SG Arrival Card sebagai lanjutan kepada percubaan kad kedatangan elektronik sejak Oktober tahun lalu.

Kebanyakan pengunjung dan beberapa pengendali pengangkut­an tertentu akan dapat menggunaka­n kad kedatangan elektronik mereka sebagai ganti kepada kad kertas keluar masuk di pusat pemeriksaa­n, lapor The Straits Times.

Mereka boleh melakukan demikian sehingga 14 hari sebelum mereka tiba di Singapura.

Ini bermakna pengunjung terlibat hanya memerlukan pasport bagi kelulusan imigresen kerana sistem imigresen ICA sudah mempunyai butiran mereka di kad kedatangan elektronik yang sudah dihantar lebih awal, menurut ICA.

Percubaan ini melibatkan pengunjung yang ke sini menaiki pesawat AirAsia, Jetstar Asia, Cathay Pacific dan Singapore Airlines; dan perkhidmat­an koc Transtar Travel, serta pengendali feri BatamFast Ferries, Bintan Resort Ferries, Horizon Fast Ferry dan Majestic Fast Ferry.

Semua pengunjung lain masih perlu mengisi kad kertas keluar masuk.

Kumpulan pengunjung itu termasuk mereka yang tiba di pusat pemeriksaa­n laut menerusi kapal pelayaran, pusat pemeriksaa­n darat menerusi kereta api, kereta, motosikal dan lori, serta mereka yang tiba dengan status pas kerja.

E-perkhidmat­an SG Arrival Card boleh diakses di laman web ICA atau dimuat turun sebagai aplikasi telefon bimbit percuma menerusi Apple App Store atau Google Play.

Mereka yang menggunaka­n aplikasi telefon bimbit boleh mengimbas halaman biodata pasport tanpa perlu memasukkan maklumat itu secara manual.

Mereka juga boleh menyimpan maklumat yang dihantar sebelum ini supaya dapat digunakan lagi bagi kunjungan ke Singapura akan datang.

Dalam percubaan lebih awal ICA sebelum ini, pengunjung luar negara yang tiba di pusat pemeriksaa­n tetapi belum lagi selesai mengisi kad kertas keluar masuk dihampiri pegawai ICA untuk mengambil bahagian dalam percubaan itu dan memberi maklum balas.

ICA berkata usaha melaksanak­an kad kedatangan elektronik sejajar dengan langkah ke arah kelulusan imigresen tanpa menggunaka­n kertas.

Kad kedatangan elektronik dijangka menggantik­an kad kertas menjelang 2021.

“ICA akan mengkaji hasil percubaan ini dan secara bertahap, memperluas kemudahan SG Arrival Card kepada semua pengunjung luar negara,” katanya.

KAD KETIBAAN ELEKTRONIK: Pengunjung ke Singapura akan dapat menghantar kad kedatangan elektronik dalam talian atau menerusi telefon bimbit sehingga 14 hari sebelum mereka sampai Singapura, sebagai sebahagian daripada satu percubaan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA). – Foto ICA

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.